Monday, December 26, 2011

bila akan bersara !



Pada petang jumaat yang lepas, 23 dis, pergi nya se orang lagi penasihat agama pada maju holding sdn bhd, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman. beliau telah bersara dari menjadi penasihat agama pada dua perdana menteri, tetapi terus juga berkhidmat jadi Penasihat.

ramai pegawai kerajaan yang sudah melepasi had umur bersara wajib, tetapi telah diambil untuk terus berkhidmat lagi. kenapa perkara ini berlaku. begitu juga ahli politik yang bersara. adakah kerana pengaruh mereka, kepakaran mereka.

tun mahathir telah bersara dari politik pada 2003, tetapi masih lagi bercakap pasal politik. kita lihat ahli politik barat saperti Bil Clinton, apabila telah turun dari jawatan dlm kerajaan, terus terlibat dalam program AMAL.

beberapa mana besar yang bersara masih aktif dalam lapangan yang bergaji dan dibayar, saperti dato' yusuf noor, tan sri ahmad sarji , tan sri shamsudin dan seangkatan dengan nya. apakah mereka ini masih dapat memberikan sumbangan pada agensi yang membayar mereka atau sebagai KUDA untuk mendapat tender dari kerajaan. umpama penasihat Proton, apakah beliau pakar dalam teknikal kenderaan atau hanya kerana nama besar nya saja.

satelah umur melepasi 65 tahun (umur wajib bersara), jika sudah bersara, tumpukan lah pula kederat yang ada untuk beramal, mendekatkan diri dengan masyarakat setempat, berilah pada golongan muda yang profesional untuk berkhidmat.

adakah kita akan bersara apabila tiba nya 'KEMATIAN' saperti Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman.

RENUNG RENUNG LAH MASA DEPAN SELEPAS KEMATIAN




No comments:

Post a Comment