Saturday, September 10, 2011

nasib malang bekas tentera dan polis


apabila isu Mat Indra ditimbulkan oleh Wira rakyat Mat Sabu, ramai memberi respon dalam bentuk positif, negatif dan tidak kurang juga yang memberi pendapat secara ilmiah. terdapat NGO yang membantah serta yang menyokong saranan Mat Sabu tersebut.

terakhir timbul pula status mereka yang terlibat dengan apa yang dinamakan 'merdeka', ada yang di tuduh pengkhianat, penentang, komunis dan diiktiraf sebagai pejuang. segala isu ini membuatkan persatuan bekas tentera dan polis yang diam selama ini, sudah mula bersuara. rata rata mereka melompat dan meminta satu tindakan tegas diambil terhadap Mat Sabu kerana menghina bekas polis dan tentera yang berkhidmat dan berjuang untuk negara.


100% bekas tentera dan polis yang ada pada ketika ini adalah mereka yang berkhidmat salepas negara 'merdeka'. kejadian Bt Kepong berlaku pada 1950. ada dikalangan bekas tentera dan polis belum lahir ke dunia ini lagi. penulis ini membuka minda para pesara/bekas wira negara apakah khidmat kita ini diiktiraf dan dihargai oleh kerajaan/UMNO pada ketika ini.


kita marah pada Mat Sabu kerana 'menghina' wira negara. tetapi adakah kita telah mendapat penghargaan dari kerajaan ?. contoh terbaik ingin saya kemukakan untuk tuan tuan fikir dan bertindak.

apabila kita bersara dari perkhidmatan, wang persaraan dibayar, alhamdulillah. kalau gaji akhir RM2,000, wang pencen dibayar 50% iaitu RM1,000. formula ini diguna pakai juga pada kakitangan awam yang bersara. cuba renung tuan tuan, adakah kita ini berbeza dengan k/tangan awam yg bersara? tiada beza nya sumbangan kita dengan k/tangan awam yg berkhidmat untuk negara. apa yang hendak kita banggakan dengan slogan "berjuang untuk negara" jika taraf kita sama je

datuk lee chong wei, juara dunia, belum bersara, menjulang nama negara, masih aktif/bekerja sudah diberikan ganjaran yg terlalu mewah dgn bayaran pencen nya sudah dapat dgn nilai RM3,000 sebulan tuan tuan. ada kah beliau berjuang untuk mempertahankan negara dgn menggadaikan nyawa nya.

bola sepak baru mencapai tahap ASEAN, menang piala AFF, sudah dapat ganjaran menjamin masa depan mereka, ada yg dapat tanah, rumah, wang ringgit ratusan ribu, apakah tuan tuan bekas perajurit dapat dengan pengorbanan kita 21 tahun atau lebih menggadai/mempertaruhkan nyawa menjaga negara.

bekas tentera/polis, tidak dapat saperti mereka. untuk mendapat tapak rumah percuma jauh sekali. kita tidak minta diberikan percuma, kita minta harga subsidi pun sudah besar rahmat nya. atau bayaran pencen kita diberikan lebih 10% - 20% dari k/tangan awam. anggota yang cedera atau terkorban semasa bertugas, diberikan rumah dgn harga istemewa (bukan percuma), bayaran pencen pada mereka yg cedera dgn kadar tinggi, waris yg terkorban, diberikan wang persaraan pada waris.

kejadian terbaru, apabila juru gambar yg terbunuh di Somalia, di iktiraf sebagai "wira" negara, dibayar insuran, ganjaran melimpah ruah, anak dapat pembelaan pendidikan hingga ketahap tertinggi. apa kah kita perolehi sama saperti tersebut ? banyak lagi contoh contoh bahawa bekas tentera/polis sabenar nya tidak dihargai perkhidmatan kita.

pada persatuan bekas tentera dan polis, jangan lah kita melompat atas desakan pihak tertentu terutama dlm mempertahankan status "PEJUANG" saperti dibangkitkan oleh Mat Sabu. tuan tuan yang dudok dalam jawatan kuasa persatuan, tumpukan lah dalam membela anggota yg akan bersara dan yang sudah bersara. kita tidak minta disanjung, tetapi jangan biarkan kita merempat saperti perpatah melayu kata " habis madu sepah dibuang"







No comments:

Post a Comment