Wednesday, December 8, 2010

masih tidak yakin?

sumber gambar: attaqwatravel


selepas berlaku 2 insiden baru baru ini, iaitu kenaikan harga minyak dipasaran dan pendakwaan mr khir toyo, ramai meramalkan pilihanraya akan berlaku dalam masa yang terdekat. diambil kira kenaikan minyak penanda PRU dekat, rasa nya salah. rakyat dalam kedaan tertekan mana mungkin UMNO akan mengadakan PRU, sudah tentu mereka akan kalah.
tetapi saperti ungkapan emas tun mahadhir - melayu mudah lupa, PRU selepas 6 bulan dari sekarang mungkin boleh diadakan. apabila tun abdullah naikkan harga minyak secara mendadak, ramai yang melompat, tetapi turun dengan cepat apabila diberi subsidi.
kes mr khir toyo, apa ada pada beliau jika benar dia bersalah. dia bukan ketua UMNO di selangor. kalau kalah tak rugi, kalau menang , ini yang jadi racun pada PR. banyak dah contoh pemimpin UMNO/BN sentiasa didapati tidak bersalah. adakah kita masih mengharapkan serta menanti keputusan yang menyebelahi kita (khir didapati bersalah).
Dato' bakar chik menyatakan PR akan menang, Dato razali hamzah kata UMNO/BN kalah banyak kerusi, tun mahadir kata BN menang balik 2 -3 negeri PR tapi belum cukup 2/3 kerusi majoriti. ini semua ramalan yang mengelirukan dan tiada tanda keyakinan dalam membuat kenyataan. tiada kenyataan UMNO/BN kalah.
dilihat PR tidak dapat melawan gerak saraf UMNO/BN. media mereka masih menunjukkan UMNO/BN gagah dan apa yang dilakukan betul walaupun harga minyak naik. PR menggunakan media elektronik untuk melawan mereka, memang canggih, tapi rakyat luar bandar, masih tidak dapat maklumat sebenar nya. edaran risalah melawan surat akhbar berita harian dan utusan melayu tidak cukup kuat. kita banyak bergantung pada akhbar parti yang pengeluaran nya terhad.
apakah kita yakin akan menang, tiada tindakan aggresif, gerak saraf tidak berfungsi, khidmat masyarakat terhad, penerangan ke akar umbi lemah. selalu mengharapkan kelemahan UMNO/BN. tiada usaha untuk memperkukuhkan parti, memperkemaskan jentera p/raya. kemenangan atas kelemahan musuh, tidak kekal apabila menang kerana kita juga tidak kuat.
berikan lah satu kenyataan yang meyakinkan masyarakat bahawa PR memang layak untuk menawan PUTRAJAYA.

TAKBIR

No comments:

Post a Comment