Saturday, December 18, 2010

kebangkitan singa tua yang luka






berita terakhir yang timbul beberapa hari yang lalu adalah ujud nya 2 parti baru secara rasmi atau tidak iaitu KITA dan UBP. KITA diterajui oleh zaid ibrahim dan UBP di pelopori oleh jeffrey kitingan. siapa kah mereka, kedua dua nya bekas pimpinan dari PKR. tetapi ujud nya 2 parti yang baru itu dalam pendekatan yang berbeza.
KITA ujud atas tindakan menukar parti asal AKIM, ini merupakan satu tindakan membeli AKIM dan tukar nama KITA, secara umum nya mematikan AKIM. malang sekali pada pimpinan AKIM yang telah hilang pengaruh dan modal sehingga menjual parti tersebut pada zaid ibrahim. kenapa perkara ini boleh berlaku. secara sepintas lalu, kewibawaan zaid ibrahim telah jelas dalam mainan politik beliau.
beliau sebenar nya ingin meletakkan dirinya pada tempat yang setaraf dengan pimpinan utama parti parti politik yang lain. nafsu sebagai pimpinan utama pada beliau dinafikan UMNO/BN apabila saranan beliau agar ISA dimansuhkan ditolak. tercalar kewibawaan beliau lalu keluar dari UMNO masuk PKR.
dalam PKR sekali lagi beliau mencuba meletak diri nya dikalangan pimpinan utama apabila bertanding jawatan timbalan presiden parti, ini juga dilihat gagal dan tindakan yang sama iaitu keluar parti.
akhir sekali beliau yang kaya, secara sinis nya membeli AKIM dan tukar kepada KITA serta menjadi presiden, maka tercapai lah akhirnya beliau meletakkan dirinya setaraf dengan pimpinan utama parti yang lain,
beliau akan duduk dalam saf pimpinan bersama TG hadi, DSAI, Najib, LKS dan semua presiden parti dalam malaysia. dan ini lah matlamt UTAMA zaid dalam arena politik. adakah beliau mempunyai kredibiliti untuk memimpin, sama sama kita tunggu dan lihat.
zaid ibrahim adalah umpama singa tua yang luka tetapi masih ingin mengaum kejantanan beliau dalam politik.
sebagai satu renongan

TAKBIR




No comments:

Post a Comment