Thursday, March 31, 2011

dato' sri harussani di tipu UTUSAN




KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

apakah dato' baru sedar utusan malaysia adalah utusan yang memutar belitkan berita untuk kepentingan UMNO. kalau dato sokong mereka sudah tentu seluruh kenyataan dato akan di siarkan. kenyataan dato bahawa anuar belum boleh disabitkan bersalah itu adalah FITNAH. kenyataan ini yang membuatkan separuh sahaja yang ditulis. baca lah ayat itu hingga habis bukan sekerat sekerat yang memberi keuntungan pada kita saja. saya berdoa agar dato' sri bertindak sebagai ulamak mencegah kemungkiran bukan untuk jaga elaun dan gaji yang tinggi


takbir





No comments:

Post a Comment