Wednesday, March 23, 2011

Dato' atau Datuk





Setiap tahun Malaysia menyambut ulang tahun Raja/Sultan/YDP dengan menganugerahkan darjah kebesaran dalam jumlah yang besar. anugerah diberikan kerana jasa mereka pada negeri/negara, persatuan dan lain lain alasan asalkan mereka berjasa pada masyarakat.

akibat terlalu banyak anugerah di berikan, pada ketika ini kita tak kenal pun mereka yang berjasa. ada yang menerima kerana keturunan, ada yang bersahabat rapat, dan yang paling malang apabila untuk memenuhi kuota anugerah secara tahunan. ini tidak termasuk anugerah POLITIK.

akhir sekali kita lihat NILAI anugerah ini sudah pudar dan tidak diberikan perhatian atau dijagai dengan tingkah laku yang sopan atau tidak dijagai akan penganugerahan tersebut. kita lihat anugerah dari ketua negeri/negara sudah diperlakukan secara "tidak ada nilai"

kejadian mutakhir ini kita lihat yang membuat jenayah dan maksiat adalah diketuai oleh yang mendapat anugerah DATO'. gelaran Dato' adalah LESEN untuk mereka mengarahkan maksiat dan jenayah dilakukan. masyarakat tahu, tetapi tiada kuasa kerana pihak POLIS juga dilihat menjaga DATO'-DATO' ini.

kepada yang berkuasa diistana, harap tak payah lah kita anugerah pingat begitu saja. tapis mereka ini jagalah maruah yang MENGANUGERAHKAN nya.
banyak nya penganugerahan tidak bermakna kita HEBAT dari yang lain.

TAKBIR





No comments:

Post a Comment