Wednesday, July 4, 2012

UMNO dah 'menang'














bila ADUN kemelah dato ayub rahmat memberi pandangan berkenaan dengan hukum 'hudud', semua nya terperanjat dan tertanya tanya. apa kah beliau serius atau tidak. chia soi lek, juara porno dengan cepat menyatakan bahawa dato ayub sudah 'hilang akal'. NGO's islam dengan cepat menyokong cadangan tersebut dan tidak ketinggalan musuh UMNO, iaitu PAS juga menyambut nya dengan hati yang terbuka.

dalam keadaan yang mana PAS katakan bahawa UMNO sudah 'nazak' untuk menghadapi pilihanraya, tiba tiba satu suntikan telah diterbitkan oleh 'pakar' politik mereka. apabila hudud hendak dilaksanakan oleh PAS, tiada menteri atau wakil rakyat UMNO bercakap dalam bentuk' menyokong'. tetapi bila dato ayub bercakap pasal 'hudud', berbagai tangkapan diberikan oleh wakil rakyat UMNO dalam erti kata setuju tetapi perlukan penelitian.

seluruh NGO mula memberi perhatian dan secara umum nya mereka bersetuju sangat. disini penulis dapati bahawa UMNO sudah dapat satu suntikan yang amat mujarab untuk meraih undi dari orang melayu islam. pada ketika UMNO dihimpit kiri dan kanan, mereka mencipta satu kenyataan yang PAS dah lama nak buat tetapi tidak mendapat restu dari rakyat. kenapa apabila UMNO bercakap, terus dapat perhatian rakyat.

disini PAS kena berhati hati terhadap tektik UMNO untuk mendapatkan undi dari melayu islam. kita lihat juga sahingga hari ini parti cina saperti DAP dan MCA membisu. kenapa ? mungkin ada acara tersembunyi disebalik cetusan idea untuk melaksanakan hudud di johor.

pada parti PAS, penulis minta berwaspada. kenapa hampir pilihanraya isu hudud dilagukan oleh UMNO Johor. fikirkan muslihat 'syaitan'.













No comments:

Post a Comment