Wednesday, July 11, 2012

PAS paling kuat dlm Pakatan

























Presiden PAS, dato abd hadi menyatakan bahawa PAS paling kuat dalam Pakatan Rakyat. satu kenyataan yang amat memberangsangkan. PAS memang kuat sejak ditubuhkan lagi. PAS berjuang secara konsisiten dari mula iaitu bersendirian, kemudian bersama UMNO, kemudian bersama Semangat 46, dan ketika ini bersama DAP dan PKR.

tetapi dato presiden menyatakan bahawa PAS akan bertanding di 80 kerusi parlimen dengan DAP bertanding maksima nya 60 kerusi, ini bermakna baki 82 kerusi akan ditandingi oleh PKR. secara logik nya PKR lah yang lebih 'kuat'. kalau pakatan menang yang akan jadi Perdana Menteri adalah Dato Sri Anwar, bukan Presiden PAS.

penulis lihat secara rambang saja, PKR lebih kehadapan dalam memperjuangkan hak rakyat dari PAS. PAS tidak membina keyakinan rakyat untuk membela rakyat jika berkuasa. PAS banyak membawa isu remeh. tiada cadangan yang kukuh saperti memperkasakan modul pendidikan, menyelesaikan masaalah secara logik isu PTPTN, konsesi TOL lebuhraya secara praktikal, bukan terus nak mansuhkan saja. tiada kajian implikasi dari cadangan untuk memansuhkan PTPTN serta bayaran tol.

PAS mesti bentangkan satu plan tindakan untuk mengatasi masaalah setinggan, bukan tunggu bila perintah baru nak dibuat usul. rakyat nak lihat kemampuan PAS merancang jika berkuasa kelak. PAS harus tanam keyakinan yang tinggi pada rakyat untuk memilih PAS sebagai pengganti UMNO.

jangan menang sorak, kampong tergadai. PAS selalu membantu rakan nya, tetapi rakan nya hanya berdiam diri. akhir nya yang menang 'rakan' karib nya, dan PAS sendiri kecundang.

DAP sentiasa pandai dalam 'berkawan', bila pilihanraya, DAP jaga kawasan nya, tidak perlu bersusah payah menghantar tentera nya membantu rakan yang 'lemah' tetapi 'EGO'.


fikir lah untuk memertabatkan ISLAM








No comments:

Post a Comment