Tuesday, November 23, 2010

himpunan muslimat ulu kinta

ucapan motivasi dari YB Dr Mariah


Saf kepimpinan Muslimat


Ketua Muslimat bersama YB Dr Mariah



ucapan alua aluan oleh ketua Muslimat PAS Tambun


Satu himpunan muslimat Ulu Kinta (HAMUK) telah diadakan pada 21 Nov 2010. Ini merupakan satu langkah pertama dalam program untuk menghadapi PRU 13. Ia juga merupakan julung kali nya satu himpunan muslimat peringkat DUN Ulu Kinta diadakan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kekuatan muslimat amat penting dalam menjana kemenangan dalam sesuatu perjuangan.

TAKBIR











Thursday, November 18, 2010

BN dapat adik bongsu yg baru





Kerajaan negeri Kedah telah mengeluarkan arahan melarang akhbar pro UMNO membuat liputan sidang DUN Kedah. Larangan ini kerana mereka selalu putar belitkan lapuran yang benar. Ini merupakan satu tindakan yang cukup berkesan. Larang ini telah membawa kepada hadir nya Presiden NUJ serta membuat kenyataan akan mengkaji tindakan Kerajaan Kedah tersebut. Saudara Hata Wahari membantah tindakan larangan itu amat diragui akan kebebasan akhbar sebenarnya.
Apabila kerajaan" Haram" Perak sebelum ini melarang akhbar pro PR membuat liputan sidang DUN Perak, tiada sebarang tindakan pantas dari saudara HATA. Ini jelas satu lagi adik bongsu terbaru dalam kompenan BN.
Kompenan tidak rasmi BN nampak nya bertambah demi hari, ini menunjukkan petanda kekuatan BN bertambah dan jangkaan PRU 13 dekat sudah adalah BENAR. Adakah PR masih menaruh harapan pada Wartawan (NUJ - Hata) akan bertindak adil dalam membuat liputan terutama yang melibatkan PR? Harap berhati hati pada kompenen BN yang tidak didaftarkan secara rasmi saperti - SPR, NUJ, dan beberapa agensi pengampu BN.

BERHATI HATI JANGAN SELALU DITIPU OLEH MUSUH KITA

TAKBIR!!!!!!






Wednesday, November 17, 2010

surau alfalah

tuan hj yusof tekun melapah kambing korban


saudara salim dan abang santos juga melapah kambing


mengikat lembu untuk di lapah oleh pakar melapah


lembu seekor perlukan hampir 10 org untuk ditumbangkan



kambing gurun


pengerusi surau tidak ketinggalan memperlihatkan kemahiran nya melapah

selamat menyambut eidul adha kepada muslimin dan muslimat

TAKBIR

Wednesday, November 10, 2010

nik aziz terima rasuah


Alhamdulillah, pada pagi yang mulia ini berita menyatakan bahawa Y.A.B menteri besar Kelantan akan berangkat ke tanah suci Mekkah bersama Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan menunaikan ibadah Haji. Mungkin menteri besar mengiringi Tuanku mengerjakan Haji.

Pada tahun lepas, MB tidak dapat pergi ke Makkah kerana ditaja oleh seorang sahabat yang mana didakwa ia nya pemberian rasuah dalam bentuk ibadah. MB yang prihatin akan situasi tersebut membatalkan hajat nya untuk ke Makkah.

Pada kali ini juga senario nya sama, mungkin MB juga di rasuah untuk ke Makkah kerana beliau adalah antara yang menabalkan Tuanku menjadi sultan kelantan. Atas sokongan beliau lah Tuanku membawanya ke Makkah. Apa kah UMNO TIDAK MAHU MELAPORKAN PERKARA INI KE SPRM UNTUK TINDAKAN. Jangan biarkan perkara sebegini berlaku, mesti konsisiten dalam mencegah amalan rasuah dalam semua bentuk samaada wang, jamuan, hamper, lawatan, malah tidak ketinggalan yang berkaitan dengan IBADAH.

minta pihak UMNO bertindak pantas.

ada berani kaaaaaa


TAKBIR




Tuesday, November 9, 2010

zaid sertai PAS

zaid ibrahim telah meletak jawatan dalam parti, ini bermakna menjadi ahli biasa biasa je le. Dah tak ada jawatan nak berkhidmat macam mana ye. Elok le Zaid pindah rumah dan hiasi rumah baru dengan ilham yang baru pulak. Disini ada satu formula untuk Zaid,

a. kalau parti melayu/islam ada - UMNO dan PAS
b. kalau parti pembangkang ada - DAP dan PAS
sebab Zaid dah duduk dalam pembangkang tak kan nak DAP, tentulah PAS, kalau parti melayu sekali pun, dulu dah UMNO, sekarang PAS le pulak.

kata orang kira kira, pi mai pi mai , PAS lah juga pilihan yang terbaik untuk Zaid Ibrahim.
semoga mendapat hidayah dalam menentukan perjuangan. Berjuang dalam politik bagi ahli PAS adalah Jihad yang dicari cari.

semoga Zaid mendapat ketenangan dalam menghabiskan sisa sisa hidup dalam politik.

TAKBIR










Monday, November 8, 2010

nak menang ???


Tuan Guru Nik Aziz pernah menyarankan agar PAS menambah ahli dalam menghadapi pilihanraya. tiada jalan lain yang mudah untuk menang dalam pilihanraya kecuali melalui undi dari ahli atau penyokong saja.
PAS boleh mendapat undi dari tiga golongan saja iaitu:
a. ahli
b. penyokong
c. ahli parti lawan yang belot

tapi dalam keadaan yang selamat dua saja yang benar benar menjamin undi pada PAS. undi parti lawan yang belot belum jamin dapat kecuali mereka di kecewakan oleh parti mereka.
berapa ramai kah ahli dan keluarga serta penyokong PAS yang ada di Galas untuk PAS selesa dalam menghadapi pilihanraya?
untuk menentang BN/UMNO yang kaya dengan tipu helah serta dibantu oleh jentera kerajaan yang kita sedia maklum, ada kah PAS sudah tiada daya dan upaya untuk berjuang serta bercita untuk menang. tumpu pada tambahan ahli, dekati mereka yang telah di tipu BN, bantu mereka yg terpinggir dan jentera pilihanraya bergerak dari sekarang bukan bila hampir p/raya.

pandangan dan cadangan TAKBIR











Saturday, November 6, 2010

sebab apa PAS kalah

salepas 2 hari PAS menerima kekalahan dalam prk galas, banyak pandangan dan komen sebab sebab PAS kalah. tidak kurang juga memperlekehkan usaha jemaah dalam gerak kerja pilihanraya dan ada yang memberi alasan untuk menyejukkan hati serta perasaan para petugas dan jemaah secara keseluruhan nya.

saya ada membaca tulisan Wan Nik Wan Yusof setiausaha politik menteri besar kelantan, beliau ada memberi data terkini keputusan prk galas. Dalam menghadapi pilihanraya umum atau kecil ada 2 perkara yang menjadi fobia pada PAS ia itu
a. undi pos
b. undi orang asli

prk galas mencatatken pengundi - 11553 dgn pecahan

a. melayu - 7125
b. cina - 2317
c. orang asli - 1889
d. lain - 10

jadual 2 tulisan wan nik PAS kalah dgn majoriti - 1190
kita lihat undi orang asli PAS - 321 , BN/UMNO - 1322- PAS kalah di peti undi orang asli - 1001. ini bermakna PAS kalah undi luar - 189, ini mungkin undi pos juga.


kenapa undi orang asli jauh menyebelahi BN/UMNO? bagaimana dengan undi orang cina pula.
pada pandangan saya mereka memberikan undi kepada BN/UMNO adalah untuk melihat janji BN tertunai atau tidak dalam masa 2 tahun sabelum PRU ke 13. kedudukan PAS kelantan tidak terjejas langsung. disini jika mereka gagal tunaikan sebelum PRU ke 13, PAS mempunyai alasan untuk menyerang kembali. jadikan Galas dan Manik Urai sebagai umpan atau modal dlm PRU ke 13 nanti.

kembali pada undi pos, PAS terlalu tumpu pada undi kritikal saperti undi pos dan undi orang asli di galas. saperti di prk sg.pinang port dickson, terlalu tumpu pada undi pos sehingga kita lupa pada undi luar yang jumlah nya ribuan. sedia maklum undi pos tetap menyebelahi BN, kalau dapat 10% - 15% sudah dianggap bonos. tumpukan lah gerak kerja kita untuk mendapatkan undi masyarakat luar yang besar jumlah nya.

dan akhir sekali PAS mesti buang fobia undi hantu, jangan jadikan undi pos dan undi hantu menjejaskan tumpuan kita dalam piliharaya yang akan datang.

takbir














Monday, November 1, 2010

rampasan kuasa dalam proses


cubaan rampasan kuasa peringkat pertama dilihat gagal apabila hanya belasan wanita pertama dunia hadir dalam rancangan rosmah untuk mengumpul wanita pertama dunia. rosmah mencuba menjadi wanita pertama malaysia milik tuanku permaisuri agung.

dalam percubaan kedua, nampak nya hampir berjaya apabila sekali lagi rosmah merasmikan majlis masyarakat india sempena depavali . perasmian tersebut sepatut nya dirasmikan oleh suaminya najib sebagai pm. kerana pm demam dicampak, rosmah ganti, jelas muhyideen jasin sudah diketepikan oleh isteri najib pm.

muhyideen sudah jadi naib perdana menteri dalam rombakan baru saperti yang di umumkan oleh pm semasa persidangan umno yang lepas. ini lah yang dikatakan rombakan kecil hanya tambah jawatan naib perdana menteri. rosmah sah menjawat timbalan pm

musnah negara