Sunday, November 4, 2012

dah nak menopause, baru nak bercerai






Pilihanraya ke 13 sudah hampir sangat lah kata kita  Bila bila masa saja najib akan isytiharkan pilihanraya  Nama calon untuk bertanding bagi semua parti politik masih lagi menjadi rahsia  Kenapa mesti dirahsiakan, Adakah kerana takut bakal calon akan disabotaj, atau di culik atau akan disogok

Berita terkini terdapat beberapa wakil rakyat dari Sabah pula nak tinggalkan BN untuk bersama Pakatan  Terpanggil pulak pada penulis kenapa dah nak pilihanraya baru nak keluar dari BN  Adakah ini kerana mereka jangkakan bahawa BN akan tumbang dan sebagai persediaan untuk terus KEKAL sebagai wakil rakyat  Apabila mereka umumkan utk keluar, maka mereka secara otomatik akan dipilih sebagai 'calon' pada kerusi mereka yang disandang pada ketika ini

apakah tindakan mereka ini boleh disama kan dengan jenis KATAK yg lompat bila nak masuk musim HUJAN












No comments:

Post a Comment