Friday, June 22, 2012

pemimpin kita terlalu 'maksum'


















negara kita mempraktikkan sistem demokrasi berperlembagaan, dalam erti kata satelah pemimpin dipilih, maka mereka akan melaksanakan tugas untuk negara. dalam pada masa itu, mereka boleh ditegur terhadap perkara yg agak tidak sesuai untuk dilaksanakan.

dalam kepartian juga sistem ini dipakai, kerana pemimpin parti juga dipilih melalui pungutan suara atau undi. maka mereka juga harus terima kritikan dari ahli. ini tidak bermakna mereka tidak boleh langsung diberikan peringatan dalam sesuatu perkara.

dalam UMNO, budaya menegur tidak dapat diterima kerana mereka sudah lali dan biasa dengan ungkapan 'yes sir'. jika ditegur, maka masa depan sipenegur akan gelap selama nya. sebab itu kita lihat UMNO jika di peringkat Bahagian, kalau boleh tiada ahli yg lebih hebat dari ketua bahagian dari segi akedemik maupun populariti nya. ini untuk menentukan ketua bahagian akan 'menongkat langit'.

budaya ini sudah ada dalam PKR. beberapa pimpinan mereka juga cuba ditegur kerana tindakan yang tidak sesuai di tolak secara halus dari kepimpinan parti.

PAS juga tidak terkecuali dari sindrom ini. ketika ini kita lihat sudah ada tindakan menafikan pertandingan diperingkat Kawasan. tindakan ini dilakukan kerana ingin terus berkuasa. malah tidak keterlaluan juga dikatakan mereka mengambil tindakan dengan menggunakan nama 'PAS' pusat memberikan restu supaya tidak ada pertandingan di peringkat pimpinan Kawasan. apabila disiasat, tiada arahan dari Pusat terhadap perkara tersebut.

disini saya turunkan sebahagian dari kandongan usul dari PAS kawasan Tambun:

'Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Tambun juga akur dan menerima nasihat daripada PAS Pusat agar jawatan jawatan tertinggi parti disemua peringkat tidak dipertandingkan. dengan maksud yang sama iaitu MEMBERI TUMPUAN SEPENUH NYA KEPADA GERAK KERJA DAN PERSIAPAN BAGI MENGHADAPI PRU KE 13.'

apakah benar PAS pusat mengeluarkan arahan tersebut. dimana letak nya demokrasi. PAS jika amalkan konsep begini, ia lebih dahsyat dari UMNO. zalim dan bersikap 'kuku besi' dalam slogan membangun bersama islam.

adakah pimpinan PAS di peringkat kawasan 'maksum' sahingga tidak boleh dicabar dalam pemilihan pimpinan. penulis minta pandangan demi kebaikkan PAS, PAS bukan milik individu.












4 comments:

Unknown said...

Beginilah masaalah dikebanyakan cawangan dan kawasan.
Bila merasakan kemenangan semakin menghampiri, ramai pemimpin yg merasakan dirinya sentiasa betul. Suara ahli diketepikan.

Tajul Muluk said...

Mengadakan Pemilihan Jawatan dalam Parti dibolehkan mengikut Perlembagaan namun Perjawatan dalam PAS tidak sama seperti dalam UMNO, Bagi PAS perjawatan itu AMANAH.
Persoalan tiada pertandingan pada waktu terdekat ini mungkin suatu pengesyoran supaya
gerakerja dan jentera parti memberi tumpuan kepada agenda yang lebih utama.
Soal maksum tidak timbul kerana kita berpegang
kepada Firman Allah dan sabda junjungan.

umnokurap said...

apakah orang speti khairudi, ust wan dan kazim org yg layak utk menyerah tampok kepimpinan PAS Tambun kepada mereka?? yg nyata merekalah perossak jemaah , sangup mendedahkan kelemahan parti kpd musuh??? inikah sikap ahli pas??? apakah sdr sangup melihat pas kawasan tambun yg sebelum ini dalam pntadbiran yg baik, akn dihancurkan oleh mereka ini... yg sangup mnjadikan media maya utk mmburukkan jemaah dan tidak mengmbalikan wang jemaah kpd yg layak?? apakah mreka ini yg layak utk dijadikan pimpinan.. mgkin ahli tidak tahu krn tindakan pimpinan PAS kawasan yg terlalu berhati-hati spya mnyelesaikan krisis dalaman parti dgn cara yg hikmah ttp puak-puak JAHAT ini telah mengambil kesempatan utk mmburukkan lagi keadaan..

pasulukinta said...

terima kasih pada umnokurap kerana prihatin terhadap masaalah dalam PAS

Post a Comment