Friday, March 5, 2010

MCA keluar BN ??????

BN - satu gabongan perbagai parti, termasuk di Sabah dan Sarawak. pada dzahirnya kita lihat UMNO yg menerajui gabongan parti tersebut (BN) kecuali di Sarawak. Pada parti dlm Pakatan Rakyat, tiada yg monopoli secara nyata, ia bergerak atas dasar rundingan.
Dlm menentang gandingan PR, kita lihat UMNO yg dilihat lebih ketakutan dari yg lain. Apakah MCA, MIC, PPP, GERAKAN dan yg lain tidak takut mereka juga akan hilang kuasa jika tidak bersama dgn UMNO. Pada pandangan saya yg lain lebih baik diam untuk survival parti dan diri sendiri.
Di sinilah kita lihat UMNO bermati-matian utk menghancurkan gandingan mantap PR. Selepas PRU ke 12, mereka mencari sasaran pertama mereka dan akhir nya PAS menjadi sasaran mereka. Mereka cuba menghancurkan PAS dgn isu "Kerajaan Perpaduan ". Kucar kacir juga dibuat nya terutama dlm pemilihan parti pd 2009, sehingga TGNA mengeluarkan beberapa arahan yg agak tegas dan mencemaskan suasana terutama dikalangan ahli. Akhirnya ribut tersebut kembali tenang dan keyakinan ahli dan masyarakat bertambah tinggi pada parti PAS terutama apabila beberapa kes timbul di Kedah diatasi dgn bijaksana oleh MB nya.
Setelah gagal dlm misi mereka (UMNO) terhadap PAS, laras senapang dihala pula ke DAP, iaitu di P. Pinang. LGE menjadi sasaran kedua dgn isu menghalau dan meroboh penempatan kaun India. Bila gagal, mereka bergerak pula dgn isu kaliamat ALLAH dan kedudokan Islam di P.Pinang konon nya ditindas oleh org cina iaitu DAP. Gagal juga, timbul isu meminggirkan orang melayu. Setelah disiasat, didapati UMNO lah yg meminggirkan orang melayu sehingga mereka berhijrah ke tanah besar.
Misi kedua mereka gagal juga dan mangsa ketiga dan akhir adalah PKR. Dlm suasana yg tidak tenang apabila penasihatnya didakwa di mahkamah, mereka merobek parti tersebut satu persatu. DSAI tidak dapat memberikan tumpuan penuh pd parti kerana beliau sendiri menghadapi pertuduhan. UMNO sedar bahawa wakil rakyat dari PKR adalah bekas ahli UMNO,bak pepatah melayu, "carik carik bulu ayam akhirnya bercantum jua", "air yang dicincang tak kan putus". Inilah mangsa yg mudah dan senang untuk dipikat. "Kalau dah biasa makan bangkai, bangkai juga minat nya". Alasan yg diberikan tidak logik dan kita tahu tahap kebenaran nya.
Saya lihat rancangan mereka berjaya dgn jaya nya kerana ada nya pembelot atau munafik dlm kumpulan mereka. mereka itu lebih pentingkan PERUT dari tanggung jawab.
PAS gagal di godakan kerana Akidah nya.
DAP juga gagal digoda kerana idealogi nya.
PKR gagal mempertahankan diri kerena mereka dari golongan yg sama.
Doakan lah agar ia tidak merebak sehingga PKR menjadi Semangat 46 yg ke2.
fikirlah sendiri

1 comment:

imah said...

kita org mukmin jgn putus harap,terus berdoa....sambil terus berusaha, insyaallah

Post a Comment