Monday, April 5, 2010

apakah masa depan mereka


akibat keterbukaan aktiviti dan sosial, beberapa rancangan di tv dan radio kini dilihat telah melibatkan kanak kanak dalam rancangan mereka. dalam rancangan di tv kita rancangan pondok pondok, kamil, dan yang paling popular adalah rancangan yang dihoskan oleh aznil.

aznil mempunyai satu daya tarikan yang dapat mempengaruhi minat kanak kanak terhadap hiburan, malah mereka juga disokong oleh para ibu bapa. ia berjaya membina satu karektor pada kanak kanak tersebut samada menjadi penyanyi atau pun pelakon. ada juga rancangan kendalian beliau mencungkil kepetahan bercakap atau kebolehan untuk bertindak dalam masa yang singkat. tidak dapat dinafikan ada rancangan yang membina, tapi secara total nya beliau banyak melahirkan kanak kanak untuk menjadi artis pada masa hadapan.

kerana terlalu terhibur melihatkan anak yang mentah boleh bergaya sebagai orang dewasa, ibu bapa sanggup membiarkan anak mereka dimake upkan dengan begitu rupa, dengan solekan dan ada kalanya berpakaian keterlaluan pula. jika semasa kecil kita biasakan nya dengan membaca, ia akan menjadi manusia yang suka membaca, jika dilatih bermain bola ,insyaAllah akan menjadi pemain bolasepak yang baik. jika diajar mengaji Al Quran juga InsyaAllah akan menjadi Qari. begitu juga lah jika diasuh dengan penuh semangat dan sokongan yang padu, besar nanti sudah tentulah kanak kanak tersebut akan menjadi ARTIS. bukan hina kerjaya artis tersebut. tapi banyak yang tak elok dari yang elok.

pergaulan yang bebas, tiada batasan, perempuan yang bergelar isteri di sentuh dalam berbagai gaya oleh lelaki yang bukan mahram, lelaki juga bebas berpegangan dengan anak gadis maupun isteri orang. Pelakon bebas melakukan apa jua kalau tidak ia bukan dinamakan PELAKON. juga begitu kerjaya penyanyi, pakaian saja sudah didedahkan sebanyak mungkin. merantau keserata pelusok negeri dan desa tanpa ada halangan,

jika kita ajar yang baik, dapat pahala selagi yang diajar itu terus melakukan apa yang kita sampaikan. berterusan pula jika anak murid memanjangkan nya begitu juga yang tidak baik, ia akan berterusan sehingga terhenti nya ajaran kita itu. saya hanya sayangkan aznil, kerana beliau mengajar perkara yang tidak baik pada kanak kanak tersebut. jika mereka ditakdirkan menjadi pelakon atau penyanyi yang lalai dan mengabaikan agama, akan ditanya nanti siapa guru nya. sedar lah hiburan yang ada pada ketika ini tidak akan menyeronokkan sepanjang zaman. akhir nya pelakon atau penyanyi itu sendiri merasai diri nya diperlakukan untuk kepentingan syaitan dan iblis. kembali lah kepada fitrah yang dituntut oleh ISLAM.