Tuesday, June 19, 2012

calon - PAS ikut rentak PKR

























sejak kebelangan ini, ramai bekas pegawai dalam kerajaan menyertai PAS. Alhamdulillah, mereka sedar dan terus menyumbang bakti pula untuk Islam. tetapi beberapa persoalan timbul kerana kebanyakkan mereka telah bersara lama dulu, dan baru kini mereka sertai PAS. ini secara kebetulan tarikh pilihanraya sudah hampir. beberapa persepsi yg meragukan timbul.

PKR pada suatu dulu terlalu ghairah dengan kemasukan ahli politik veteran UMNO, saperti zaid ibrahim, masuk je PKR terus bertanding di selangor. kemudian aziz bari, diumumkan akan bertanding juga diselangor. akhir nya zaid membawa diri se orang diri.

kini terdengar desas desus bahawa bekas pegawai polis yg sertai PAS, fauzi saari pula akan bertanding di kerusi larut, pimpinan dan ahli PAS di Larut sudah lama bekerja keras untuk menang disana dengan calon nya sudah berkempen lebih awal lagi. tiba tiba ada suara org PAS yg 'berkuasa' nak meletakkan fauzi saari pula bertanding di situ. adakah ini menunjukkan PAS hanya memilih orang 'ternama' saja dan berkeyakinan akan menang.

bagaimana dengan penat lelah mereka yg telah berjuang lebih awal lagi, ada kah PAS akan ketepikan mereka ini hanya kerana nak letakkan calon 'bernama'. PAS harus jaga 'hati' ahli dan pimpinan kawasan yg telah berjuang. jangan jadi macam PKR, siapa yg ada nama boleh sertai dan dijanjikan akan bertanding dalam pilihanraya ke 13 nanti.

budaya lama PAS sudah semakin hari terhakis dengan ada nya beberapa kerat pimpinan berfahaman 'anwarriyun'. mereka lebih utamakan 'kawan' rapat dari perjuangan ahli. jangan kita lupa jasa orang lama walaupun nama mereka tidah hebat semasa berkhidmat dalam kerajaan.

fikir lah untuk masa panjang.









6 comments:

Tajul Muluk said...

Perkara ini perlu kepada kebijaksanaan. Masa tanah keras dulu orang lain yang membajaknya dan bila tanah dah lembut nak di gantikan dengan orang lain. Ini suatu yang tidak saksama
dan bakal mengundang masalah. Andai kata yang terdahulu rela dan redha lainlah ceritanya.
Namun dalam politik istiqamah dalam perjuangan perlu diambil kira. Yang baru bersalin kulit tu biarlah sampai kulitnya matang dahulu. Pelajarilah daripada apa yang dah berlaku. Si Hassan Ali yang cakap berdegar-degarpun boleh jadi petualang.

pasulukinta said...

penulis takut kerana kita cepat memilih tanpa melihat siapa yg berjuang dan bekerja untuk parti, tiba tiba orang lain pulak yg menjadi calon, sudah tentu ada yg tak setuju.

umnokurap said...

apakah matlamat perjuangan mike hanya utk bertanding pilihanraya je..? bagaimana dakwah pulak?

pasulukinta said...

ini pun dikira dakwah juga, kalau pilih pemimpin yg zalim dan bodoh, berdosa kita yg memilih nya.kita wajib pilih yg cintakan ISLAM

hanimasra said...

setiap kerajaan,islam atau kafir..pasti tumbang apabila masa ketentuan Allah dah tiba..baca sejarah ..Umayyah,Abbasiyah,Usmaniyah,Moghul,Melaka,Andausia..Rome,Yunani,Monggol..Dinasti China..semua jadi sejarah...manusia saling tipu-menipu,bunuh membunuh,zalim-menzalimi..kita semua akan diadili di Padang Mahsyar.KerajaanUmno,PKR pasti berakhir jua atas sebab-sebab di atas..

Anonymous said...

Sepatutnya PAS kawasan Tabun patut pilih orang macam mike yang serba tahu dan serba boleh. There must be something wrong some how, somwhere with you yang orang langsung tak nampak.

Post a Comment