Friday, June 8, 2012

UMNO sudah nak beli PKR

YB Khalid samad telah dedahkan terdapat perancangan awal antara UMNO dan PKR untuk dijual beli salepas p/raya ke 13 kelak. ini adalah satu urus niaga yg menguntungkan, bak kata P.Ramlee, niaga orang untung banyak.

kita lihat bahawa UMNO menilai bahawa anggota PKR yg akan bertanding, malah tidak salah jika dikatakan yg ada pun semua nya bermasaalah samaada dari segi kewangan maupun keluarga (sosial). DSAI telah berjanji akan menapis bakal calon agar tidak berlaku nya 'lompat melompat' salepas p/raya kelak, tapi siapa kah calon nya yg benar benar 'baik' yg ada.

di perak terutama nya di parlimen Tambun, hingga kini masih tertanya tanya siapa kah calon nya. apabila ditanya pada 'ketua cabang PKR' kawasan Tambun, jawab nya - rahsia. kita tanya kenapa rahsia, jawab nya takut bakal calon dibeli oleh UMNO. jawapan yg paling bodoh dari saorang ketua bertaraf "ketua cabang".

kalau takut dibeli oleh UMNO, ini bermakna calon itu sendiri sudah berada dalam senarai panjang UMNO untuk dibeli jika ia menang. maka penulis lihat ia nya patut ditukar pada calon yg UMNO susah nak beli. urus niaga jual beli YB di Perak akan lebih hebat apabila kajian dibuat bahawa jika Pakatan menang, ia nya kemenangan yg tipis sama saperti di tahun 2008. maka YB dari PKR lah akan menjadi bahan 'dagangan' oleh UMNO. YB dari PAS, insyaallah tiada akan berlaku begitu juga pada DAP.

penulis cadangkan supaya PAS dan DAP tumpukan pada kerusi yg ditanding dan menang semaksima nya saperti DAP 17/18 kerusi dan PAS 14/15 kerusi minima. dengan ini urus dagang YB terhadap PKR tidak akan terjadi

persoalan nya, kenapa UMNO mensasarkan PKR. jawapan spontan kerana PKR lahir dari perut UMNO

untuk tatapan.








No comments:

Post a Comment