Wednesday, June 13, 2012

kenapa PAS terlalu mengharap
























dikalangan parti politik 'pembangkang', PAS adalah yang paling senior dan paling junior adalah PKR. tetapi dalam setiap tindakan untuk menghadapi pilihanraya, penulis perhatikan, PAS saolah olah bergantung nasib pada PKR. dalam erti kata bahawa kekuatan sabenar PAS ada pada PKR. bukti nya, terdapat pemimpin dan ahli yang 'mengagungkan' DSAI dari dato presiden TGHA dan TGNA.

umpama nya apabila dikatakan bakal 'perdana menteri', secara spontan ada pemimpin PAS menjawab bahawa DSAI adalah calon yg paling layak. sudah terlalu lama TGNA dan TGHA berjuang untuk menegakkan daulah islamiah, tetapi akhir nya reformasi yg di bawa Anwar juga diletakkan di atas mengatasi 'daulah islamiah'.

dalam gerak kerja politik dilihat bahawa DAP lebih 'bijak' dan terkehadapan. mereka berjuang tanpa mengharapkan sangat kehebatan DSAI mau pun TGNA. mereka kekal dengan slogan malaysia for malaysian. PAS dilihat bergantung pada kehebatan DSAI.

contah yg dapat penulis berikan saperti yg berlaku di parlimen Tambun, terdapat 3 kerusi iaitu 1 parlimen dan 2 dun. PKR bertanding di parlimen dan dun hulu kinta sementara PAS hanya bertanding di dun manjoi. ini bermakna bendera PAS tidak dapat di kibarkan di dun ulu kinta kerana kedua dua nya ditandingi oleh PKR.

secara logik nya PKR mesti bekerja keras untuk bertanding kerana mereka menguasai dua kerusi, tetapi penulis hairan apabila YDP PAS tambun (dr khairudin ) mengarahkan semua UPU di parlimen tambun termasuk ulu kinta memberi kerjasama yg jitu untuk menentukan PKR (Pakatan) menang, tetapi sebalik nya tiada jaminan untuk PKR pula bertungkus lumus membantu PAS untuk menang di dun manjoi.

secara keseluruhan nya, bukan saja di tambun malah di seluruh negara, PKR sentiasa tenang, tidak risau sama ada mereka mempunyai jentera p/raya atau tidak, ini kerana PAS akan sentiasa memlakukan kerja tersebut dengan slogan 'kita (Pakatan) mesti menawan putrajaya.

kenapa PAS tidak tumpukan seluruh kekuatan nya terhadap kerusi yg ditandingi nya. biarkan lah PKR uruskan kerusi mereka. kita kerahkan seluruh anggota ahli PAS bergerak ke kerusi yg ditandingi. kita mantapkan jentera p/raya serta bekerja untuk kemenangan. DAP bijak berpolitik, mereka tidak perlu pertolongan dari PAS maupun PKR. persoalan nya, KENAPA PAS BERIYA BENAR NAK MEMBANTU PKR SEDANGKAN PKR TIDAK PERNAH MEMBANTU PAS SECARA SERIUS.

ini lah yang dikatakan dalam PAS terdapat terlalu ramai pemimpin yg 'mengagungkan' DSAI dari TGNA dan TGHA.











No comments:

Post a Comment