ZALIM - satu tindakan yang ditafsirkan menindas yang dilakukan satu pihak terhadap pihak yang lain
kezaliman yang jelas dan selalu dilaungkan untuk mendapatkan pembebasan nya adalah yang dalam bentuk peperangan saperti yang berlaku di palestine. tetapi tiada yang nak menuntut keadilan dalam bentuk kehidupan harian terutama yang dilakukan dikalangan kita sendiri.
apa yang penulis ingin bawakan dalam tulisan kali ini adalah KEZALIMAN dikalangan Jemaah itu sendiri (PAS). kemenangan kita lambat kerana kita tidak jaga waktu telah penulis siarkan dalam ruangan yang lepas, kali ini kemenangan juga akan dilewatkan oleh ALLAH swt kerana telah berlaku kezaliman dikalangan jamaah sendiri.
apa kah kezaliman yang telah berlaku, ia itu apabila pemimpin menghadirkan diri dalam sesuatu majlis LEWAT. CONTAH NYA JIKA MAJLIS TERSEBUT AKAN BERMULA JAM 9 MALAM, PEMIMPIN BERKENAAN TIBA SEKITAR 15 - 20 MINIT LEWAT. apabila ditanya kenapa, alasan nya sibuk dan ada hal. tidak kah ini bermakna pemimpin berkenaan tidak pegang pada janji nya untuk hadir jam 9 malam? boleh kah ini ditafsirkan sebagai mungkir janji, tidak amanah.
perkara selalu berlaku pada ruangan pengajian saperti kuliah maghrib, ustaz tidak dapat hadir, tetapi tidak pula dimaklumkan pada pengerusi surau atau masjid, ustaz tersebut beranggapan ini perkara biasa. jemaah menunggu saja tanpa tahu bahawa ustaz berkenaan tidak dapat hadir, ini lah dinamakan ZALIM, zalim pada jemaah yang tertunggu tunggu.
kita jemaah (PAS) amat tidak sensitif akan perkara ini. kita nampak kezaliman hanya pada peperangan saja. kezaliman membuatkan orang ramai /masyarakat tertunggu tunggu adalah Kezaliman yang paling tinggi tahap KEZALIMAN nya.
maka ingatlah jika ALLAH swt berlaku zalim pada kita dan melengahkan KEMENANGAN kita, kita tidak perlu salahkan orang lain. pemimpin dan jemaah secara umum nya diingatkan menjaga waktu dan berlaku adil adalah kunci pada kejayaan kita dalam menghadapi Pilihan Raya. mana mungkin kita boleh menang jika kita tidak Amanah dan Menjaga Waktu.
No comments:
Post a Comment