Saturday, April 14, 2012

melayu sudah hilang JATI




apa itu Jati, identiti satu satu kaum atau bangsa. kita perhatikan pada akhir akhir ini, melayu sudah hilang Jati diri atau identiti sendiri. bangsa tidak boleh diubah atau di tukar. melayu tetap melayu, cina dengan kecinasan nya, dan kaum india dengan kebanggaan bangsa mereka.

kaum cina adalah satu kaum yang cukup kuat kebangsaan mereka. walau dimana mereka berada, budaya dan bahasa mereka tetap diutamakan. dan terkini kita lihat kaum india sudah mulai membina dan membangun semula identiti mereka dengan memperjuangkan bahasa dan budaya mereka.

penulis bukan lah nak menghidupkan sifat dan sikap Assabiyah di kalangan kita orang melayu. memang benar Allah swt tidak tanya pun apa bangsa mu, ia akan tanya apa agama mu. adakah kita boleh buang identiti bangsa kita dengan begitu saja. penulis ingin membuka minda kita pada pagi sabtu ini supaya kita tidak lemas dengan kebangkitan kaum dan bangsa.

apa yang ada tinggal lagi pada bangsa melayu, nama tanah melayu negara kita sudah jadi Malaysia. bahasa melayu juga ditukar dengan bahasa Malaysia. kampong tradisi orang melayu saperti di kampong baru kuala lumpur pun sudah dalam proses penghapusan. kampong kampong melayu di wilayah persekutuan diambil alih untuk pembangunan tetapi kg kg cina dibangunkan dengan diberikan gelaran 'cina town'.

kini masyarakat india juga sudah menuntut untuk di ujudkan 'little india' di bangsar dan juga di bandaraya Ipoh. kampung melayu ditengah bandaraya ipoh dihapuskan untuk memberi laluan 'pembangunan'. siapa kah yang menghilangkan Jati diri bangsa melayu, sudah tentu bukan samy vellu atau lee lam tai, dan tentu nya pemimpin 'MELAYU'

kenapa perkara ini berlaku, ini adalah kerana kepentingan politik orang melayu. untuk mendapat kan sokongan dari kaum cina dan india, segala tuntutan mereka diterima dan dilayan. penulis mencadangkan supaya seluruh bangsa melayu 'tolak' UMNO dalam PRU 13 ini kerana mereka lah yang menghapuskan bangsa sendiri.

penulis bukan penyokong Assabiyah, cuma nak buka minda pembaca saja.







No comments:

Post a Comment