Thursday, March 29, 2012

kemenangan kita masih JAUH lagi




suatu ketika dulu, ada sa orang ustaz bercerita tentang kemenangan, panglima perang islam mencari pejuang yang benar benar menepati waktu dalam segala segi dari kehidupan harian hingga pada peperangan. disini ketika itu kemenangan memang sudah boleh diduga akan tercapai. kerana apa? kerana mereka menjaga WAKTU. waktu itu adalah amanah dari Allah swt dan ditekankan dalam surah Al Asr ( demi masa).

pada ketika ini, kita lihat pemimpin dan ahli PAS dilihat menjaga waktu itu sebagai berlalu begitu saja. tiada keutamaan, kalau mesyuarat jam 9 pagi, belum tentu boleh mula pada waktu nya. pengerusi atau pemimpin datang lambat, kemudian bagi alasan itu ini. Allah Maha Mengetahui, tidak perlu berbohong.

kuliah maghrib mula salepas solat nya, tetapi jemaah datang apabila kuliah sudah separuh berjalan. gotong royong jam 5 ptg, tiba ditempat nya pada 6 ptg, kerja sudah separuh siap, ini curi tulang nama nya. tiada satu masa pun yang penulis hadapi sesuatu majlis itu bermula pada waktu yang tepat termasuk juga mesyuarat Agong peringkat Kawasan.

penulis rasa dan berpendapat kenapa kita tidak menang, adalah kerana kita melengahkan satu satu kerja tersebut maka ALLAH swt juga melengahkan kemenangan kita. kita rasa kita sudah bekerja keras dan mengeloh kita masih juga tidak menang.

satu PESANAN pada para pimpinan dan ahli PAS, jangan jadikan kelewatan itu amalan kita. dan jangan merungut jika kita masih kalah dalam pilihan raya salepas kerja keras yang dilakukan.





No comments:

Post a Comment