
negara kita mempraktikkan sistem demokrasi berperlembagaan, dalam erti kata satelah pemimpin dipilih, maka mereka akan melaksanakan tugas untuk negara. dalam pada masa itu, mereka boleh ditegur terhadap perkara yg agak tidak sesuai untuk dilaksanakan.
dalam kepartian juga sistem ini dipakai, kerana pemimpin parti juga dipilih melalui pungutan suara atau undi. maka mereka juga harus terima kritikan dari ahli. ini tidak bermakna mereka tidak boleh langsung diberikan peringatan dalam sesuatu perkara.
dalam UMNO, budaya menegur tidak dapat diterima kerana mereka sudah lali dan biasa dengan ungkapan 'yes sir'. jika ditegur, maka masa depan sipenegur akan gelap selama nya. sebab itu kita lihat UMNO jika di peringkat Bahagian, kalau boleh tiada ahli yg lebih hebat dari ketua bahagian dari segi akedemik maupun populariti nya. ini untuk menentukan ketua bahagian akan 'menongkat langit'.
budaya ini sudah ada dalam PKR. beberapa pimpinan mereka juga cuba ditegur kerana tindakan yang tidak sesuai di tolak secara halus dari kepimpinan parti.
PAS juga tidak terkecuali dari sindrom ini. ketika ini kita lihat sudah ada tindakan menafikan pertandingan diperingkat Kawasan. tindakan ini dilakukan kerana ingin terus berkuasa. malah tidak keterlaluan juga dikatakan mereka mengambil tindakan dengan menggunakan nama 'PAS' pusat memberikan restu supaya tidak ada pertandingan di peringkat pimpinan Kawasan. apabila disiasat, tiada arahan dari Pusat terhadap perkara tersebut.
disini saya turunkan sebahagian dari kandongan usul dari PAS kawasan Tambun:
'Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Tambun juga akur dan menerima nasihat daripada PAS Pusat agar jawatan jawatan tertinggi parti disemua peringkat tidak dipertandingkan. dengan maksud yang sama iaitu MEMBERI TUMPUAN SEPENUH NYA KEPADA GERAK KERJA DAN PERSIAPAN BAGI MENGHADAPI PRU KE 13.'
apakah benar PAS pusat mengeluarkan arahan tersebut. dimana letak nya demokrasi. PAS jika amalkan konsep begini, ia lebih dahsyat dari UMNO. zalim dan bersikap 'kuku besi' dalam slogan membangun bersama islam.
adakah pimpinan PAS di peringkat kawasan 'maksum' sahingga tidak boleh dicabar dalam pemilihan pimpinan. penulis minta pandangan demi kebaikkan PAS, PAS bukan milik individu.