Tuesday, July 31, 2012

benar kah PAS ganti UMNO ?

surat yang dikatakan dari PAS Pusat





PAS ketika ini sedang berusaha untuk menggantikan tempat UMNO untuk memerintah. maka slogan PAS ganti UMNO dilaungkan di segenap pelusuk negara. ada beberapa perkara yang dilihat slogan tersebut tidak tepat malah membawa erti yang amat menakutkan.

jika PAS berazam untuk menggantikan tempat UMNO dari segi kerusi serta terus memerintah, insyaallah, slogan nya memang tepat dan releven. apa kata jika berlaku PAS ganti UMNO dalam tindakan, gerakkerja, cara pemilihan dan budaya yang paling buruk iaitu cantas mencantas juga berlaku saperti UMNO.

penulis lihat budaya cantas mencantas sudah berlaku dan yang amat ditakuti dalam slogan PAS ganti UMNO. ganti macam mana, ganti nama dari UMNO ke PAS tetapi budaya UMNO pulak PAS ikut. berita terkini yang masih dalam teka teki adalah kedudokan Timbalan Presiden Pas saudara Mat Sabu, Kedah tolak, habis apa guna nya mat sabu jadi timbalan presiden kalau tak diberikan kerusi untuk dia bertanding.

dan begitu juga di kawasan Larut Perak, apabila YDP kawasan diketepikan hanya kerana bekas pegawai polis sertai PAS dan terus dicadangkan untuk bertanding di Larut. Fauzi saari yang baru beberapa hari sertai PAS sudah di junjung merata negeri untuk dipromasikan sebagai bakal calun. apakah ini bukan budaya mencantas pada orang yang sudah bekerja begitu lama untuk menghadapi pilihanraya.

satu lagi contoh cantas mencantas berlaku iaitu di PAS kawasan Tambun. sabelum pemilihan YDP dan AJK kawsan dilakukan, YDP dan AJK lama sudah berkempen serta membuat fitnah pada calon yang akan bertanding. sehingga kan mereka sanggup mengeluarkan surat yang menyatakan bahawa PAS pusat meredhai supaya tiada pertandingan diadakan di semua jawatan tertinggi peringkat kawasan. ini juga budaya cantas mencantas berlaku dalam PAS

adakah PAS akan ganti UMNO dan mengambil alih keseluruhan nya termasuk budaya buruk tersebut. penulis mendapati budaya cantas mencantas saperti UMNO sudah ada dan tiada beza nya UMNO dengan PAS kecuali nama nya saja.










No comments:

Post a Comment