Tuesday, February 21, 2012

debat, debat debat, musim debat.



berdebat, berdebat, debat. ketika ini tiada isu negara yang nak diketengahkan, maka semua pemimpin cabar mencabar untuk berdebat. apa tujuan nya, mencari kesalahan,dan kelemahan atau mencari kebenaran atau kebijaksanaan pemimpin tersebut.

baru baru ini berlaku debat diantara Chua soi lek (raja porno) dengan Lin Guan Eng. tetapi hasil nya amat mengecewakan. tiada debat pembangunan, tetapi debat memaki hamun saja. kemudian nak dianjurkan pula debat diantara Anwar Ibrahim dengan Najib Abd Razak.

dalam kesebukan berdebat, Mahfuz dari PAS juga nak berdebat sama. maka dicabarnya pulak hishamudeen untuk berdebat yang tertangguh. Ibrahim ali juga tidak ketinggalan untuk berdebat dan mencabar Lim Guan Eng.

bulan lepas Rafizi dari PKR telah berdebat dengan Khairy Jamaludin di london. apakah ini menunjukkan bahawa pemimpin yang akan datang adalah terdiri dari mereka yang pandai berdebat dan juara debat.

mana dia bakal pemimpin yang boleh menguruskan negera, nampak nya tiada. adakah dengan berdebat saja masaalah negera dapat diselesaikan.

fikirkan lah nasib masa depan rakyat.




No comments:

Post a Comment