Wednesday, February 29, 2012

kenapa anwar, keluarga dan PKR menjadi sasaran UMNO


sejak kebelakangan ini, iaitu apabila anwar didapati tidak bersalah meliwat saiful, seluruh diri nya, keluarga nya serta parti nya (PKR) menjadi sasaran oleh musuh politik iaitu dikatakan dari golongan samseng UMNO.

ceramah beliau, nurul izah anak nya dan pimpinan PKR diganggu, rumah mereka di 'cerobohi', kereta di pecahkan dan apa lagi dengan disimbah mereka cat atau air merah. terkini didakwa nurul 'nyaris' di tumbuk dan sebagai nya.

adakah ini semua benar dilakukan oleh apa yang dikatakan oleh PKR ia itu 'samseng' dari UMNO. jika benar, mereka ini memang benar benar jaguh dan hebat. mereka tidak takut pada 'polis'. malah pernah dikatakan mereka mencabar pula pihak 'polis'.

ada yang mengatakan jika pemuda itu (UMNO) berani membuat gangguan, kemungkinan besar 'mereka' ini adalah dari 'anggota polis' yang menyamar untuk memberi tekanan pada anwar dan keluarga. kerana segala tindakan mereka saolah olah mendapat 'restu' dari pihak polis, tiada tindakan saperti polis terhadap penyokong 'pembangkang'.

kemunkinan kedua adalah ia nya dilakukan sendiri oleh anwar dan keluarga serta PKR untuk menaikkan imej serta mendapat simpati dari rakyat terhadap kezaliman UMNO. bukti nya tiada penentangan jelas oleh ahli PKR terhadap 'samseng' tersebut. ini adalah satu teori yang jelas boleh dipakai saperti mana kes 'baling batu, tangan taruh belakang'. polis pun lakukan sama apabila BERSIH, mereka letak parang dan baju, kemudian tuduh peserta lakukan subversif.

ini adalah sebahagian dari andaian untuk diperhatikan semoga kita tidak sentiasa ditipu oleh 'kawan' dan 'lawan'.







Tuesday, February 28, 2012

beza nya muslimat dan wanita


begitu sopan nya kaum muslimat PAS, mengharung air banjir tetapi aurat tidak didedahkan




ini lah dia pegangan wanita UMNO/hamidah yang melipat kaki seluar agar tidak basah walaupun menampakkan kepala lutut nya






kaki seluar lelaki pun tidak dilipat keatas, tapi 'wanita' ini takut seluar nya basah walaupun terpaksa mendedahkan aurat nya



Thursday, February 23, 2012

Peringatan pada PAS, jangan terlambat




PAS di ingatkan agar berhati hati dalam tindakan nya menangi satu satu isu secara kolektif. isu hassan ali telah memberi satu gambaran negatif apa bila tindakan tersebut diambil salepas Azmin ali dari PKR bersuara. kemudian Aziz bari pula cuba kayu sejengkal untuk menjatuhkan MB kedah ust azizan.

PAS dilihat hanya melihat dan tidak bertindak secara positif terhadap kedua isu tersebut dengan memberi 'amaran' pada PKR sudah lebih berdiplomatik. dan isu terkini apabila Anwar sendiri telah mengeluarkan satu 'kenyataan' yang amat membimbangkan seluruh ahli PAS. apabila anwar mengistiharkan akan menyokong keselamat israil jika negara palestin dijamin keselamatan nya.

TGNA telah bertemu secara berhemah dan bersopan serta menghormati kedudokan anwar ibrahim. ini adalah sifat yang mesra ditunjukkan oleh kepimpinan tertinggi PAS. tapi isu kenyataan anwar masih berlegar dikalangan ahli PAS. adakah kita juga secara tidak langsung mengiktiraf keselamatan israel.

PAS dikatakan tetap tidak akan iktiraf israel, tapi bagaimana dengan 'rakan' dalam PR yang mengiktiraf nya. adakah kita (PAS) sudah boleh dikebelakangkan oleh PKR - anwar. apakah kita hanya setakat mendengar penjelasan dari anwar tetapi tidak berdaya menghalang anwar dari terus mengakui akan kenyataan nya.

tindakan berdiam diri dan puas hati setakat diberikan penjelasan, menunjukkan bahawa PAS tiada 'PENDIRIAN' dalam matlamat perjuangan nya. apakah tanpa anwar, PAS akan berkubur, apakah anwar merupakan menyambung 'hayat' PAS dalam arena politik tanah air. apakah anwar itu pemimpin tertinggi dalam PAS. dimana letak nya kewibawaan pemimpin PAS.

jangan lah akhir nya kita PAS dituduh dan dicemoh dengan kata yang kurang enak apabila digelar sebagai 'budak suruhan PKR' saja. Ingat lah para pimpinan PAS, kita sudah berjuang terlalu lama sabelum ujud nya PKR, tapi kini kita menjadi budak suruhan dan herdikan PKR pula. dimana maruah dan kehebatan kita. jangan biarkan kami ahli dibawah menangis disuruh bekerja untuk PKR hanya atas nama wala' .

KEMBALI LAH KITA (PAS) PADA PERJUANGAN ASAL UNTUK MEMBANGUN BERSAMA ISLAM






Wednesday, February 22, 2012

JATI telah dirasmikan oleh Dato' Mufti

JATI menjadi inspirasi dato' hassan ali untuk memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja



ini pulak dikatakan lambang syaitan yang mana hampir menyerupai lambang/logo JATI






ini adalah logo/lambang Pakatan Rakyat yang nak digunakan dalam pilihan raya. alhamdulillah pendaftaran nya tidak diterima. hampir hampir serupa juga dengan lambang syaitan. cuma warna dan bulatan berbeza sadikit.

asas ketiga tiga nya sarupa adalah:

1 bulatan
2 ada tiga
3 bulatan kecil ditengah tengah dan dikelilingi tiga bentik saperti manusia.

adakah mereka ini mempunyai ciri ciri syaitan.










Tuesday, February 21, 2012

debat, debat debat, musim debat.



berdebat, berdebat, debat. ketika ini tiada isu negara yang nak diketengahkan, maka semua pemimpin cabar mencabar untuk berdebat. apa tujuan nya, mencari kesalahan,dan kelemahan atau mencari kebenaran atau kebijaksanaan pemimpin tersebut.

baru baru ini berlaku debat diantara Chua soi lek (raja porno) dengan Lin Guan Eng. tetapi hasil nya amat mengecewakan. tiada debat pembangunan, tetapi debat memaki hamun saja. kemudian nak dianjurkan pula debat diantara Anwar Ibrahim dengan Najib Abd Razak.

dalam kesebukan berdebat, Mahfuz dari PAS juga nak berdebat sama. maka dicabarnya pulak hishamudeen untuk berdebat yang tertangguh. Ibrahim ali juga tidak ketinggalan untuk berdebat dan mencabar Lim Guan Eng.

bulan lepas Rafizi dari PKR telah berdebat dengan Khairy Jamaludin di london. apakah ini menunjukkan bahawa pemimpin yang akan datang adalah terdiri dari mereka yang pandai berdebat dan juara debat.

mana dia bakal pemimpin yang boleh menguruskan negera, nampak nya tiada. adakah dengan berdebat saja masaalah negera dapat diselesaikan.

fikirkan lah nasib masa depan rakyat.




Monday, February 20, 2012

bakal calon PAS yang timbul saperti 'sabut'

bekas pengarah pendidikan negeri perak, dato' hj adnan ibrahim


bekas pengarah kastan pulau pinang, dato' sahak sudin


bekas pengarah kastan negeri kedah, tuan hj Ishak Ahmad




Bekas Ketua Polis Daerah Slim River, Tuan Hj Abdullah Omar

ini adalah sebahagian dari bekas kaki tangan kerajaan yang berjawatan tinggi dan bersara. apa bila mereka ini bersara,maka mulalah bersuara, kerana apa. dalam perkhidmatan semua mulut dikunci oleh 'pemerintah'. apabila bersara, mereka melepaskan segala dendam kesumat/mit melalui menyertai PAS. alhamdulillah mereka sedar walaupun pada usia yang 'tua'.

adalah mereka ini secara otomatik menjadi calon pilihan pada pilihan raya yang akan datang. PAS harus serius dalam memilih calon untuk bertanding dalam p/raya ke 13 kelak. kita tidak mahu perkara 'calon' menjadi saperti PKR, pakai ambil kemudian tiada tarbiah dan terus melompat.

jangan jadikan mereka yang berkedudokan semasa berkhidmat dalam kerajaan sebagai sandaran mereka boleh diterima oleh masyarakat. bagaimana dengan ahli yang layak dan sudah berkhidmat untuk parti dari awal lagi.








Sunday, February 19, 2012

santapan pagi Ahad


saiful berada di mekah semasa kes 'liwat' nya dalam proses mahkamah






bila pulak anwar ke mekah, adakah semasa kes 'liwat' dalam proses mahkamah atau sabelum atau salepas atau pernah ke mekah atau superimpose. latar belakang sama dan serupa.
benarkah anwar mengerjakan ibadah 'haji'

untuk renungan dan fikirlah

Friday, February 17, 2012

amati dan hayati surah alkafirun




apa kah perlu kita layan dan hormati agama lain selain agama kita iaitu ISLAM. kita dilarang menghina agama lain, tetapi tidak lah sampai kita mesti raikan agama mereka (kafir). biarlah mereka raikan dengan ketua mereka. jangan kerana undi didunia ini, kita gadaikan maruah dan akidah kita.


Thursday, February 16, 2012

mana yang rosak 'akidah' nya, mana yang tidak


najib kata dia pakai baju saja, tidak ada penyembahan atau ikut mereka sembahyang.


anwar juga pakai baju je, tapi ada tanda kat dahi nya, superimpose kut, tak tahu le. dia pakai ada lebih sikit, kopiah hindu





TGNA juga pakai selendang je, baju nya tetap jubah, topi nya serban, ada le nampak elok sikit dari najib dan juga anwar.

dalam ketiga tiga nya, nampak gaya nya anwar lebih rapat dan akrab lagi dengan 'kehinduan' nya. betul ke. minta fatwa pada yg boleh berfatwa, kalau tidak, tengok je.


Wednesday, February 15, 2012

arah tuju perjuangan PAS sudah melencong




hassan ali mendakwa bahawa perjuangan PAS dalam menegakkan syariat dan syiar islam sudah terpesong. beliau menegaskan perkara ini berlaku apabila golongan anwaryyun berada dalam PAS serta menguasai tampuk kuasa diatas.

sejak anwar disanjung tinggi oleh rakyat malaysia dipihak pembangkang, PAS juga turut akui kehebatan anwar. tetapi selama yang diketahui oleh penulis dan disokong oleh hassan ali, anwar tidak pernah secara terbuka menyokong 'hukum islam' dilaksanakan di malaysia atau di kelantan yang dikuasai oleh PAS.

sepanjang 12 tahun kita (PAS) bersama dengan PKR dan kemudian dengan DAP, PAS sentiasa disibukkan dengan perjuangan 'keadilan' terhadap anwar ibrahim. negara terutama Pakatan Rakyat bercakap tentang 'keadilan' pada individu bernama 'anwar ibrahim'. perjuangan untuk menegakkan syariat dan syiar islam juga tertumpu pada keadilan yang akhir nya kepada anwar ibrahim juga.

taksub pada perjuangan menuntuk keadilan, azmin ali mengambil kesempatan mengisytiharkan 'anwar ibrahim' adalah Perdana Menteri Malaysia ke 7. tanpa perlu berbincang dengan rakan dalam pakatan. begitu tinggi nya martabat anwar bila disebutkan nama nya, tiada siapa yang berani membantah walaupun pemimpin tertinggi PAS.

akibat berani nya azmin ali bersuara dan tiada bantahan, beliau lanjutkan kuasa nya dengan memerintah PAS supaya 'mengambil tindakan' terhadap hassan ali yang menginggung atau mengguris perasaan taukeh nya anwar ibrahim. dan arahan nya itu dituruti oleh pimpinan PAS dan hassan ali disingkirkan. azmin ali berjaya dan beliau mencuba lagi melalui aziz bari pula. aziz bari mencabar MB kedah, ust azizan supaya menyertai UMNO jika menyokong AUKU.

tetapi ust azizan bukan dari gerombolan anwaryyun, beliau mencabar kembali aziz bari. tindakan beliau menyebabkan PKR sedar, bahawa mereka masih perlukan sokongan dan kerja dari ahli PAS untuk menang dalam pilihan raya. kelak.

terkini, karpal sink pula mencampuri urusan agama islam. PAS dan ahli nya sudah mula sedar, bahawa selama ini PAS dipergunakan oleh sahabat nya PKR dan DAP selaku kuda tunggangan.
isu 'hari kekasih', haram pada umat islam, kenapa benggali ini sibuk pula untuk menuntut hak asasi manusia. penulis ucapkan syabas pada PAS Pulau Pinang apabila mereka menyuarakan ketidak puasan hati mereka pada DAP.

begitu juga syabas pada PAS kedah apabila memberi amaran pada PKR kedah agar patuh pada pimpinan negeri. tapi malang sekali bagi PAS perak yang masih kelihatan menjaga hati dan perasaan PKR dalam agihan kerusi untuk pilihan raya ke 13. PAS selangor juga dikatakan di sabotaj oleh PKR negeri dalam isu sampah.

bandar baru Bangi yang wakil rakyat nya dari PAS, tetapi kawasan bandaran nya kotor dan tidak diambil tindakan oleh kerajaan negeri. kontraktor difahamkan cuba memburuk burukkan pentadbiran PAS di Bangi. kenapa bandaran selayang dan kelang boleh bersih. adakah kontraktor nya berbeza. jika ini benar, maka PKR zalim terhadap PAS, maka PKR sama saperti UMNO, dan harus ditentang.

PAS, jangan lah kerana perlukan sokongan dari orang bukan islam, kita terpaksa bertolak ansur dalam urusan agama. haram tetap haram. biarlah kita tidak ke putrajaya, asalkan islam itu tertegak dikalangan umat islam dari kita masuk putra jaya, islam tergadai. jika ini berlaku adalah lebih baik kekalkan pemerintahan yang ada sekarang iaitu Barisan Nasional. islam pun tidak, melayu pun tidak.

penulis seru pada pimpinan tertinggi PAS, kembali lah kita pada landasan yang benar dan biarlah kita berjuangan untuk islam didunia dan akhirat. kalah kita didunia, tetapi dijanjikan kemenangan di akhirat. TAKBIR













Tuesday, February 14, 2012

menantu tuduh ayah mertua ajak buat maksiat




beberapa serangan peribadi telah dilakukan terhadap hassan ali oleh pemimpin PAS. penulis telah menyatakan bahawa kita jangan terlalu asyik menghentam hassan ali, kerana jika dia rasa tertekan, kelak akan dia serang balik.

ternyata benar apabila hassan ali menyerang balik dalam ceramah nya di pengkalan pegoh perak pada 10 feb yang lalu. dalam ceramah yang panas tersebut beliau menyatakan bahawa bekas pak mertua nya (Hadi) memang tahu dan memberi kebenaran untuk beliau bertemu dan berbincang dengan khir anak toyo.

segala tindak tanduk nya untuk berbincang 'kerajaan perpaduan' dengan UMNO mendapat restu dari presiden PAS. adakah ini tidak menyebabkan maruah dan imej preseden sudah tercalar, adakah PAS mesti berdiam diri begitu saja. kalau pemimpin PAS berdiam diri, ini jelas bahawa presiden dan s/usaha agong dan hassan ali serta mantan timbalan presiden terlibat secara jelas dalam membentuk 'kerajaan perpaduan'. jika tidak, nafikan dengan serta merta.

hassan ali nak mempertahankan 'akidah, syariah, dan akhlak, Pas nak mempertahankan apa, DAP cabar, PAS diam. PKR cabar, PAS diam . apa yang PAS sudah buat.

kita sudah mendedahkan kesilapan kita kerana masih mendendam terhadap Hassan Ali.

fikir fikir lah masa depan kita (PAS)



Monday, February 13, 2012

untuk renungan dan tatapan petang




kalau budak jumpa pun takut dan menangis, apa pulak orang tua yang memang menyampah tengok dia.












benar kah ketua wanita UMNO sudah bertukar



sudah ada ura ura nak tukar terus ketua wanita tanpa undian. didapati maklumat terkini, UMNO akan melantik terus ketua puteri nya mengambil alih saja ketua wanita nya.

hebat hebat UMNO





benar kah ketua wanita UMNO sudah bertukar

Sunday, February 12, 2012

mana yang memberi rahmat pada rakyat masyarakat India - Hindu


patong murugan yang besar, tetapi berdiri sergam tanpa dilindungi dari hujan dan panas.mampu kah dia memberi rahmat



juga gambar besar najib dalam bentuk patong berdiri sama tinggi dengan Murugan. najib telah memberi rahmat pada kaum india dengan memberi bantuan 2 juta RM.

siapa lebih hebat, NAJIB atau MURUGAN.
siapa dewa baru untuk masyarakat hindu




Saturday, February 11, 2012

PAS merisik calon PRU ke13



Pilihan raya ke 13 sudah hampir, jemputan nak dihantar, persiapan kenduri, wang ringgit nak disediakan. calon pinangan belum ada, nafsu sudah membuak buak. Bapa sudah teringin sangat nak bermenantu.

tiba tiba menantu sedia ada (mat sabu) mencadangkan agar PAS masuk meninang duda terbiar (zaid ibrahim) untuk dijadikan calon ipar perempuan nya di kota baharu. apa kah sebenar nya yang membuatkan mat sabu tertarik pada zaid ibrahim untuk dijadikan 'biras' nya.

dalam Islam yang diperjuangkan oleh PAS, segala tindak tanduk mestilah ikut hukum juga termasuk memilih 'menantu' (calon pilihanraya). syarat nya:

1 agama nya
2 rupa nya
3 keturunan
4 harta nya


adakah mat sabu membantu ayah mertua nya untuk memilih calon yang sesuai. atau ada kah mat sabu mempunyai matlamat lain atau kepentingan diri dengan bakal 'biras' nya. mat sabu sudah hilang pertimbangan sebagai menantu sulang dalam memilih calon menantu mertua nya.

ramai ahli PAS berpendapat bahawa mat sabu sudah mencari pengganti kepada menantu tinggal nya (hassan ali) yang sama dan setaraf. adakah mertua nya (hadi) akan terima bakal menantu yang sama perangai 'buruk' nya dengan hassan ali. mat sabu sendiri belum tentu menjadi menantu kesayangan Hadi Awang.

kita berpendidikan asas agama, jangan lah kita suka bercakap kosong saja, kita (mat sabu) orang no 2 dalam PAS, apabila bercakap sebarangan, ia menjadi satu keputusan. jangan tunjukkan baik budi kita sahingga ia menampak 'kebodohan' kita.

kita nak menang dalam pilihan raya ke 13, maka disarankan supaya calon dipilih secara rapi dan tegas supaya kejadian saperti "Ibrahim Ali dan Hassan Ali' tidak berpanjangan dalam masyarakat PAS.

adakah zaid ibrahim sesuai ganti ibrahim ali.





Friday, February 10, 2012

jangan kaitkan mertua sudah lah



perceraian pasangan suami isteri biasa nya tidak melibatkan mertua. tetapi jika perceraian berlaku akibat campur tangan ipar, kemungkinan besar mertua juga dijangkan akan terlibat. jika mertua yang baik, tidak mahu melihat menantu dan anak nya berpisah, sudah tentu mertua tersebut akan menjadi 'orang tengah'.

hassan ali yang diceraikan talak tiga telah diaibkan dan dilondehkan oleh ipar nya (Khalid dan Husam). kemudian hassan ali bertindak dengan memburukkan keluarga tinggal nya - PAS. seluruh ahli keluarga (PAS) mula marah dan benci pada hassan ali. penulis lihat tindakan buruk menburukkan antara kedua pihak bertambah serius.

akibat yang paling serius untuk dihentikan apabila hassan ali mula mendedahkan keburukan keluarga tinggal nya (PAS). segala apa yang berlaku dalam rumah hendak didedahkan nya. penulis minta supaya hassan ali tidak melibatkan ayah mertua nya (Hadi) dalam kes cerai nya. jika hassan ali mengheret mertua nya yang dikatakan mengetuai rombongan meminang UMNO, maka akan bertambah buruk lah maruah keluarga Hadi (PAS).

apa kah PAS dapat mempertahan kan maruah nya dengan terus menyerang hassan ali.




Thursday, February 9, 2012

bila suami isteri bercerai

gambar hiasan saja

bila rumah tangga bahagia, semua nya manis dan harum. tapi bila sudah bercerai, habis apa yang ada dalam kain didedahkan.

begitu lah yang berlaku pada pak hassan ali. bila dia diceraikan dengan talak tiga, semua yang dilakukan nya selama ini didiamkan, habis dibongkarkan. didedahkan satu persatu oleh bekas suami/isteri nya, kemudian datang pula bekas ipar nya turut sama mendedahkan apa yang dilakukan di belakang suami/isteri.

apabila hassan ali telah berpisah, khalid samad mendedahkan tujuan sabenar hassan ali untuk menjadi MB selangor. kemudian terkini ipar hassan ali, husam musa pula turut dedahkan tingkah laku ipar nya (hassan ali) bertemu dengan UMNO. dan kita tunggu pula ipar mana pula akan mendedahkan perangai buruk ipar tinggal mereka.

apa kah kita rasa bangga terus menerus mengaibkan ipar kita. adakah kita rasa hati kita lega apabila ipar kita itu dihina. tidak kah kita rasa 'berdosa' mengaibkan ipar kita. apa kah PAS menghalalkan tindakan tersebut kerana hassan ali bukan ahli PAS.

jangan kita (PAS) kalah dalam perjuangan hanya kerana saekor dua berok dalam PAS yang merosakkan bunga ditaman.

mari lah kita berdiam diri dari terus mengaibkan orang lain. biarkan lah ipar tinggal kita itu bersendirian, itu lebih baik.







Wednesday, February 8, 2012

beberapa negeri MB nya dari PAS



satelah kajian dibuat secara rambang, kemungkinan Pakatan Rakyat menang besar adalah benar. sebagai persiapan supaya tidak berlaku perebutan jawatan MB kelak, maka disini diturunkan senarai nama beberapa pemimpin yang dijangka akan dilantik ke jawatan tersebut.

mereka adalah
1 kelantan kekal - TGNA
2 kedah kekal - Ust Azizan
3 perlis AF Dato Harun Din
4 Trengganu YB Wahid endut
5 Negri Sembilan YB tuan hj mohammad taufiq abd ghani
6 Melaka Adly Zahari
7 johor YB salahudin Ayub
8 Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man


disini kita mesti tentukan kemenangan pada kesemua mereka dalam pilihan raya ke13, insyaallah




wajah yang berdoa di hadapan Kaabah


kekal dengan jambul nyaaaaaaaaaaa


nikah dihadapan Kaabah saperti depan KLCC jeeeeeeeeeee





berjumpa 'ibu' ketika depan kaabah, seksiiiiiiiiiiiiii nyeeeeeeeeeeeee mak hajjah








Tuesday, February 7, 2012

bapak borek, anak rintik, betul ke




gambar diatas menceritakan segala nya. kalau dah ahli dibawah kencing macam tu, lebih teruk lagi pemimpin UMNO kencing, kencing rakyat.
ahli kencing gambar je, pemimpin UMNO kencing 'duit' rakyat.
budaya menunjukkan keaddaan sabenar dalam UMNO.
mari kita 'potang saja anu nya' dari terus mengencing rakyat.




Monday, February 6, 2012

kalah - yang mana lebih parah



dalam politik malaysia terkini terdapat dua team yang unggul, ia itu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Pakatan mempunyai tiga komponen ia itu PAS, DAP dan PKR.
dalam pilihan raya juga pertandingan akan berlaku satu lawan satu.
matlamat utama ialah untuk mengalahkan Barisan Nasional/UMNO.
jika PAS berlawan dengan UMNO dan kalah, maka kesalahan, kelemahan dan segala postmortem tertumpu pada jentera pilihan raya PAS itu sendiri.
begitu juga jika DAP tewas, tetapi ini tidak berlaku dalam rakan kita PKR.
kenapa, kerana mereka tiada jentera pilihan raya. mereka bergantung pada jentera p/raya PAS.
jika PAS menang, ahli gembira. bila PKR menang ahli PAS juga turut gembira.
tetapi jika PKR 'lompat', sudah tentu ahli PAS lah yang paling kecewa.

bak kata 'pujangga',

lebih baik kita bertanding dan kalah, dari kita(PKR) menang, kemudian 'lompat'.

mana yang lebih kecewa, kalah kerana kelemahan kita atau kalah kerana wakil rakyat'melompat'.

fikir lah untuk kejayaan






Sunday, February 5, 2012

cuma terkenang cerita lama je



siapa kah sabenar nya dalang kejatuhan Kerajaan PR di Perak.
lihat lah gambar diatas dan nilai setiap yg ada dalam gambar tersebut






Friday, February 3, 2012

aziz bari - profesor kangkung




aziz bari memang saorang profesor, tapi profesor akedemik saja.
ust azizan juga saorang profesor, tapi profesor akidemik dan politik.
bila cakap pasal pengalaman, ust azizan sudah manyak lama dalam politik.
aziz bari baru di isytihar bakal calon je, dah nak tunjuk dia hebat dalam politik.
aziz bari pakar undang undang
tapi akta pendidikan mana dia tau.
saman menyaman dia tahu le, perlembagaan negara dia tahu le.
sebab dia tak tahu akta pendidikan lah menyebabkan nya letak jawatan.
dia kena belajar sepak terajang dalam politik baru boleh komen 'orang politik'.
jangan jadikan diri kita ini 'profesorr kangkong'.








Thursday, February 2, 2012

JATI - benarkah bukan ancaman pada PR




sejak dato' hassan ali dipecat oleh PAS, beliau bergerak bebas dan akhir nya telah melakukan 3 'road show'. jika dilihat secara kasar nya, ke3 road show beliau berjaya. ada pemimpin PR yang berceramah dimana kehadiran tidak mencecah 1000 orang pun, tapi hassan ali berjaya mencapai angka tersebut.

PAS kata JATI tidak menjadi ancaman pada PAS, tapi matlamat hassan ali adalah untuk menjatuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). pada hassan ali, PKR adalah parasit pada PR kerana menolak islam dan menggunakan PAS untuk kepentingan politik mereka. kerana PKR lah beliau dipecat oleh PAS. dendam kesumat pada PKR begitu tinggi.

hassan ali adalah merupakan pemimpin PAS yang banyak jasa nya, (jangan lah pulak kerana beliau dipecat, maka jasa nya dihilangkan.) pemimpin yang berpengaruh dan mempunyai pengikut aliran nya tersendiri. jangan kita nafikan kebolehan beliau kerana beliau tidak bersama kita.

kenapa JATI bukan ancaman pada PAS, kerana hassan ali akan bertanding di kawasan parlimen/dun yg hanya ditandingi oleh PKR. kemungkinan besar isu PAS diperkudakan/diperbodohkan oleh PKR menjadi alasan untuk ahli PAS menyokong beliau dan calon seangkatan dengan nya.

ahli PAS secara umum nya tidak puas hati/marah pada PKR kerana meraka menggunakan isu 'wala' dan tahalluf siasi' untuk mereka bergerak dengan menggunakan jentera PAS. secara am nya PKR tiada jentera pilihan raya mereka secara berkesan kecuali dibantu sapenuh nya olih ahli PAS atas dasar wala' dan tahalluf siasi. tahalluf siasi PAS adalah dalam bentuk kita membantu PKR, tapi PKR tidak perlu membantu PAS. ini lah tahalluf siasi yang berlaku sekarang ini. rata kawasan dan cawangan sedar akan kepincangan dalam sistem tahalluf siara yang diwar war kan oleh PAS.

ini lah isu yang akan dibawa oleh hassan ali. beliau akan mengambil kesempatan diatas sikap tidak puas hati ahli pada sistem 'memperhambakan diri' pada PKR. jelas lagi pada hassan ali, PKR pemimpin mereka lebih cepat menyalahkan PAS terutama dalam isu yang akan tidak membantu mereka. contoh terbaru isu KUIN/ust azizan.

persoalan yang timbul dikalangan ahli diperingkat bawah, benarkah PAS mempunyai kekuatan tersendiri atau bergantung pada kehebatan DSAI.

walaupun hassan ali bukan ancaman pada PAS, kita perlu ingat beliau ada lah ahli PAS sebelum ini dan mempunyai maklumat dalam PAS. harap pimpinan PAS tidak memandang rendah segala tindakan dan ucapan hassan ali.

membangun bersama islam