Wednesday, February 3, 2010

orang yg didoakan PARA MALAIKAT





semasa saya menunaikan ibadah haji pd thn 2005, sahabat yang bertemu di Mekah dari Bahrin menceritakan jemaah haji pd thn 1982 berjumlah sekitar 500,000 org, apabila Iman mengaminkan selepas bacaan Fatihah di ikuti jemaah, Aamiiin nya bergema seluruh Masjidil Haram. Tapi pd thn 2005 jemaah berjumlah sekitar 2.5 juta org, tapi Aamiiin nya lebih lemah dari thn 1982, itu yg dinyatakan oleh sahabat saya itu. Ini menandakan kejatuhan perjuangan umat Islam secara berjemaah yg amat dahsyat, jika dibandingkan pertolangan ALLAH pd umat islam sekitar 1980an
Kita renungkan seketika pd ketika ini, perjuangan umat Islam secara berjemaah selalu dikalahkan oleh Kuffar. Maka pendekatan yg saya lihat utk meneruskan perjuangan adalah melalui "Jihad Berani Mati".
Semasa solat Jumaat di masjid jemaah nya sekitar 5000 org (masjid Negeri Ipoh), Aamiiin nya disambut dengan nada yg lemah dan tidak bersemangat, ada yg jawab, ada yg diam saja saolah tak perihatin dgn bacaan Imam,
Ada kah kita ini dlm golongan
1. sombong kpd ALLAH
2. tak faham apa yg dibacakan oleh imam (ayat Fatihah )
3. malas utk menjawab atau menyambut Kalimah Aamiiin itu
kita dlm Jemaah juga dilihat tidak mengambil berat akan pertolongan dari ALLAH melalui doa para Malaikat. Mengaminkan bacaan Fatihah ada lah satu Jihad yg mudah tetapi dipandang remeh oleh Jemaah kita. Marilah kita bangkit dan Aamiiinkan nya dgn penuh jiwa raga semoga mendapat pertolongan dari ALLAH melalui Malaikat Nya.
Biasakan lah diri kita mengeluarkan suara dan dlm sembahyang kita sebagai makmum inilah peluangnya utk kita mengeluarkan suara, yg lain kita ikut perbuatan Imam
Semoga ALLAH memberkati perbuatan dan amalan kita , Aamiiiin

No comments:

Post a Comment