Wednesday, July 11, 2012

PAS paling kuat dlm Pakatan

























Presiden PAS, dato abd hadi menyatakan bahawa PAS paling kuat dalam Pakatan Rakyat. satu kenyataan yang amat memberangsangkan. PAS memang kuat sejak ditubuhkan lagi. PAS berjuang secara konsisiten dari mula iaitu bersendirian, kemudian bersama UMNO, kemudian bersama Semangat 46, dan ketika ini bersama DAP dan PKR.

tetapi dato presiden menyatakan bahawa PAS akan bertanding di 80 kerusi parlimen dengan DAP bertanding maksima nya 60 kerusi, ini bermakna baki 82 kerusi akan ditandingi oleh PKR. secara logik nya PKR lah yang lebih 'kuat'. kalau pakatan menang yang akan jadi Perdana Menteri adalah Dato Sri Anwar, bukan Presiden PAS.

penulis lihat secara rambang saja, PKR lebih kehadapan dalam memperjuangkan hak rakyat dari PAS. PAS tidak membina keyakinan rakyat untuk membela rakyat jika berkuasa. PAS banyak membawa isu remeh. tiada cadangan yang kukuh saperti memperkasakan modul pendidikan, menyelesaikan masaalah secara logik isu PTPTN, konsesi TOL lebuhraya secara praktikal, bukan terus nak mansuhkan saja. tiada kajian implikasi dari cadangan untuk memansuhkan PTPTN serta bayaran tol.

PAS mesti bentangkan satu plan tindakan untuk mengatasi masaalah setinggan, bukan tunggu bila perintah baru nak dibuat usul. rakyat nak lihat kemampuan PAS merancang jika berkuasa kelak. PAS harus tanam keyakinan yang tinggi pada rakyat untuk memilih PAS sebagai pengganti UMNO.

jangan menang sorak, kampong tergadai. PAS selalu membantu rakan nya, tetapi rakan nya hanya berdiam diri. akhir nya yang menang 'rakan' karib nya, dan PAS sendiri kecundang.

DAP sentiasa pandai dalam 'berkawan', bila pilihanraya, DAP jaga kawasan nya, tidak perlu bersusah payah menghantar tentera nya membantu rakan yang 'lemah' tetapi 'EGO'.


fikir lah untuk memertabatkan ISLAM








Tuesday, July 10, 2012

raja yang adil !!!!!!!!!!!!!





















"pepatah melayu berkata"

Raja yang adil , raja yang disembah
Raja yang zalim, raja yang disanggah.

rakyat berdoa untuk kesejahteraan pada raja yang adil
boleh kah kita tidak berdoa untuk raja yang zalim

jangan jadikan diri kita ber'tuhan'kan raja sahingga segala yang dilakukan walaupun 'maksiat' di diamkan. auzubillah.

biar lah kita jadi rakyat yang tahu yang mana satu 'hak' dan yang mana satu 'bathil'.






Monday, July 9, 2012

gambar bercerita













gambar di atas menceritakan hubongan akrab antara mereka berdua

untuk renungan saja













Saturday, July 7, 2012

kemana berdiam diri nya JATI

























bukan kah ini juga yg ditentang oleh JATI dan PERKASA. dimanakah mereka, berdiam diri dan membisu. adakah membisu kerana syarikat arak ini menaja perjuangan kamu berdua.

bangkit, bangkit, halang mereka mempersendakan ISLAM. jangan perjuangkan untuk Melayu, Raja dan Islam hanya pada kertas mu saja.




Friday, July 6, 2012

mana mungkin 'ibrahim ali' sokong











hudud yang disuarakan oleh dato ayub rahmat dari johor telah mendapat tentangan dari rakan nya iaitu chia soi leeak - MCA. betul le tu soi leak tentang, kerana hudud UMNO akan lebih menyeluruh meliputi orang bukan islam. ini bermakna soi leak akan di sula/rotan atau apa saja dalam enakmen hudud. takut le orang tua cina tu.

tetapi yg lebih pelik, PERKARA di bawah Ibrahim Ali turut berdiam diri pulak, apakah beliau juga akan disula/rotan jika hudud dilaksanakan? apabila kelantan nak laksanakan hudud, ibrahim ali yg paling kuat menentang nya. tak kan lah pula kali ini atas usul dari UMNO, beliau akan sokong. jika PERKASA sokong, jelas hudud itu hudud UMNO.

dimana pulak Ibrahim Ali dan PERKASA nya akan berada, samaada dalam kolam titiwangsa kah atau lubuk cina.



Wednesday, July 4, 2012

UMNO dah 'menang'














bila ADUN kemelah dato ayub rahmat memberi pandangan berkenaan dengan hukum 'hudud', semua nya terperanjat dan tertanya tanya. apa kah beliau serius atau tidak. chia soi lek, juara porno dengan cepat menyatakan bahawa dato ayub sudah 'hilang akal'. NGO's islam dengan cepat menyokong cadangan tersebut dan tidak ketinggalan musuh UMNO, iaitu PAS juga menyambut nya dengan hati yang terbuka.

dalam keadaan yang mana PAS katakan bahawa UMNO sudah 'nazak' untuk menghadapi pilihanraya, tiba tiba satu suntikan telah diterbitkan oleh 'pakar' politik mereka. apabila hudud hendak dilaksanakan oleh PAS, tiada menteri atau wakil rakyat UMNO bercakap dalam bentuk' menyokong'. tetapi bila dato ayub bercakap pasal 'hudud', berbagai tangkapan diberikan oleh wakil rakyat UMNO dalam erti kata setuju tetapi perlukan penelitian.

seluruh NGO mula memberi perhatian dan secara umum nya mereka bersetuju sangat. disini penulis dapati bahawa UMNO sudah dapat satu suntikan yang amat mujarab untuk meraih undi dari orang melayu islam. pada ketika UMNO dihimpit kiri dan kanan, mereka mencipta satu kenyataan yang PAS dah lama nak buat tetapi tidak mendapat restu dari rakyat. kenapa apabila UMNO bercakap, terus dapat perhatian rakyat.

disini PAS kena berhati hati terhadap tektik UMNO untuk mendapatkan undi dari melayu islam. kita lihat juga sahingga hari ini parti cina saperti DAP dan MCA membisu. kenapa ? mungkin ada acara tersembunyi disebalik cetusan idea untuk melaksanakan hudud di johor.

pada parti PAS, penulis minta berwaspada. kenapa hampir pilihanraya isu hudud dilagukan oleh UMNO Johor. fikirkan muslihat 'syaitan'.













Tuesday, July 3, 2012

mujur dia tak masuk
























nasib baik mereka ini tak sertai PAS


ketika ini sudah ramai artis berani tampil kehadapan untuk berpolitik. satu perkembangan yg sihat. tetapi masih ramai lagi yg bergantung rezeki dengan menyatakan kalau tak ada UMNO, lama dah kita 'mati'.

nasib baik amy dan mizal dan seangkatan nya tak sertai PAS.