Saturday, October 15, 2011

PM dalam PM


malaysia semua boleh, mahathir perkenalkan slogan 'malaysia boleh'. demokrasi malaysia adalah demokrasi ganjil dimiliki sapenuh nya oleh parti yg memerintah. contah nya,
1. peruntukan ahli parlimen/dun untuk kawasan yg diwakili oleh lawan ditahan/sekat dan peruntukan tersebut diserahkan pada ketua perhubongan UMNO.
2. mesyuarat menteri besar/ketua menteri, negeri yg diperintah lawan tak dipanggil untuk bersama. apa kah perdana menteri yg ada ini bukan perdana menteri kerajaan negeri kelantan/selangor/kedah dan p.pinang.




dalam pemerintahan parti (UMNO) juga dilihat ada presiden UMNO dalam presiden. presiden UMNO adalah najib tun razak, tetapi mahathir tetap bercakap macam dia masih presiden UMNO. malah lebih hina dan keji lagi apabila mahathir bercakap berkaitan polisi negara macam dia masih Perdana Menteri malaysia.

jika di Great Britain dan US, apabila perdana menteri dan presiden nya turun, mereka terus mendiamkan diri dan menjauhkan diri mereka dari bercakap hal hal negara. kerana apa, kerana mereka sudah ada perdana menteri dan presiden baru. mereka mantan sudah tidak dipilih lagi oleh rakyat maka mereka seharus nya tidak bercakap bagi pihak kerajaan.

ini berlainan sekali dengan 'malaysia boleh', mahathir dah bersara, masih lagi nak bercakap saperti orang 'gila talak' saja rupa nya. adakah beliau merasai bahawa dia lah saja yg 'bijak' menguruskan negara. dudok lah diam, jangan sibuk uruskan kerja orang lain, banyakkan lah beriktikaf, berikan lah peluang orang lain untuk menguruskan cara mereka pula.

malaysia memang boleh.
kerajaan dalam kerajaan
PM dalam PM






Thursday, October 13, 2011

JAIS melakukan kerja mungkar

salepas serbuan dilakukan oleh JAIS ke DUMC, keluar pula arahan ulama yang terlibat dalam politik tidak dibenarkan berceramah agama. dua hari yang lepas Bob Lokman pula ditahan kerana berdakwah. Bob lokman berdakwah bukan mengajak manusia ke jalan kemungkaran. Bob bukan wakil rakyat yang perlu dicegah dari bertazkirah.

apa sabenar nya kerja yang perlu dilakukan oleh JAIS ini. ia nya sepatut melakukan Amal maaruf Nahi mungkar. maksiat yang berleluasa di selangor tiada tindak, dibiarkan, malah tutup mata sabelah, mari kita doakan beramai ramai supaya para pegawai JAIS yang tutup sabelah mata terhadap maksiat, dibutakan mata mereka, bukan saja hati mereka.

para pendakwah yang ingin mengubah dan membawa kebaikan pula dicegah. pencegahan ini samaada datang nya arahan dari UMNO atau tidak itu soal kedua, apa kah mereka rasa mereka hebat apabila melarang pendakwah berdakwah. ingat lah hari akhirat tuan tuan pegawai JAIS, kita tidak menongkat langit dan akan mati juga. adakah UMNO akan berkata, 'kami tanggung dosa kamu semua' sesungguh nya para pegawai JAIS amat jahi kerena menjadi kuda tunggangan UMNO didunia ini.



Wednesday, October 12, 2011

sesumpah dunia dan akhirat

UMNO - united malay national org. satu nama yang cukup gah untuk diperkatakan dalam bentuk memperjuangkan untuk Bangsa dan Agama. mereka adalah pejuang mempertahankan kedaulatan raja raja melayu, keunggulan bangsa melayu dan tertegak nya kebesaran Islam.



UMNO mengambil alih tampuk pemerintahan negara secara aman dan mesra dari kerajaan British pada 1957 secara rasmi nya. maka di isytiharkan kemerdekaan dengan laung 3kali MERDEKA. UMNO bukan saja ambil alih perintahan negara saja, malah mereka turut mengambil harta rakyat untuk mereka sendiri.

apakah mereka telah laksanakan saperti yang dilaungkan. apabila kerajaan islam kelantan hendak melaksanakan HUDUD, UMNO dibawah ketiak Mahathir mencegah dan melarang ianya terlaksana. apakah ini menunjukkan bahawa mereka memertabatkan Islam, dalam erti kata nya UMNO lah yang menghalang hukum islam terlaksana di bumi kelantan.
membenar kan umat islam bersembahyang, berpuasa, ada pusat zakat, mengerjakan haji, merayakan hari2 kebesaran islam itu bukan menandakan UMNO memperjuangkan islam. Negara komunis Cina pun lakukan perkara yang sama, tiada beza nya.

dalam kontek mempertahankan hak orang melayu juga dilihat untuk kepentingan diri sendiri. tanah rizab melayu semakin berkurangan. bahasa melayu di persekolahan juga dilihat sebagai mata pelajaran sampingan . biasiswa untuk anak melayu satu ketika dulu menjadi kewajipan kerajaan, tetapi kini ia telah menjadi pinjaman pula. UMNO telah mendidik anak bangsa nya berhutang mulai alam persekolahan lagi.
dan terkini UMNO telah dan dalam proses untuk menghapuskan generasi melayu dibumi sendiri apabila Kampung Baru yang terletak ditengah bandaraya Kuala Lumpur digadaikan. isu ini disalahkan pada Pakatan Rakyat terutama PAS kerana gagal mempertahankan nya semasa undian di parlimen. kenapa pula PAS yang disalahkan, usul untuk menggadaikan Kampung Baru datangnya dari UMNO itu sendiri. kalau mereka memperjuangkan untuk bangsa, sudah tentu mereka tidak usik kampung baru tersebut. untuk pembangunan. banyak lagi tanah yang perlu digunakan, yang mereka nampak hanya Kampung baru itu juga.

penulis lihat melayu UMNO lah yang sabenar nya boleh di anggap MUNAFIQ kerana tidak lakukan apa yang telah mereka ikrarkan dalam perhimpunan mereka setiap tahun persidangan agung UMNO. mereka halang hukum islam dilaksanakan dikelantan dan mereka juga menggadai maruah dan hak orang melayu. pada pembaca sekelian, hebahkan sifat munafiq yang ada pada UMNO.





Saturday, October 8, 2011

mulia dan cerdik nya Lim Guan Eng


Lim Guan Eng ada lah ketua menteri P.Pinang dari DAP dan seorang pemimpin bukan Islam. Tetapi beliau pernah berkata akan menjadikan Omar Bin Abdullah - sahabat Nabi sebagai Idola beliau dalam sistem pemerintahan nya. Beliau mengambil pemimpin Islam sebagai tauladan nya kerana beliau yakin akan mendapat kepercayaan dari orang islam di p.pinang. beliau juga cerdik dalam berhadapan dengan musuh dan sahabat. mari kita renung tindakan beliau menangani masaalah dengan musuh politik beliau



1. kes beliau didakwa menghina negeri Johor di singapura. seluruh jentera UMNO/BN menuduh beliau menderhaka pada tuanku sultan johor. bukti mengatakan beliau menghina kerajaan johor belum terbukti lagi, desakan demi desakan agar beliau memohon maaf di minta oleh UMNO dan pencacai nya.

sebagai seorang pemimpin yang berhemah tinggi, beliau memohon maaf pada Tuanku sultan dan akhir nya isu ini tertutup dengan sendiri nya. seluruh pimpinan UMNO/BN hilang akal dan terkedu untuk terus menghina LGE. pada LGE, memohon maaf pada tuanku tiada rugi nya, tetapi kini beliau dipandang sebagai seorang pemimpin yang Berhemah tinggi dan mulia.

ada kah dengan memohon maaf tersebut bermakna beliau bersalah. tidak, LGE bertegas akan mencari bukti untuk mendakwa mereka yang menyebarkan berita beliau menghina kerajaan negeri johor.

2. hubongan mesra beliau dengan pimpinan pusat diteruskan dengan menganjurkan basikalthon di p.pinang bersama hampir 20,00 pelajar cina seluruh p.pinang. beliau ingin meminta bantuan dari kerajaan pusat untuk sekolah sekolah cina, maka dianjurkan nya satu program dan menjemput perdana menteri untuk merasmikan nya.

najib turun dgn harapan akan mendapat sokongan masyarakat cina kelak dalam p/raya. PM berjanji akan membantu dan mengisytiharkan bantuan bernilai RM15 juta. akhir nya kita lihat betapa bijak nya LGE untuk mendapatkan bantuan untuk sekolah cina tanpa perlu sumbangan dari masyarakat. dengan hanya satu jemputan, beliau dapat 15juta. mudah dan mesra.

3. apakah yang dapat kita pelajari dari tindakan LGE, beliau dipuji dan disanjung oleh seluruh penyokong nya di p.pinang. musuh politik beliau pula hilang punca untuk menjatuhkan nya. beliau merendahkan diri tanpa perlu menggadai maruah nya.

4. apakah pimpinan kita (PAS) boleh lakukan saperti tersebut. khalid samad didesak oleh UMNO utk memohon maaf, beliau enggan dengan angkuh nya. mat sabu juga didesak seluruh NGO UMNO utk memohon maaf atas isu mat indra, tetapi tetap tegas dgn pendirian nya untuk tidak berbuat demikian. akhir nya mereka berdemo semasa ceramah mat sabu di Rembau.

cuba kita bayangkan, kalau mat sabu menerima perwakilan UMNO untuk bertemu dan menyerahkan memorandun semasa di Seremban. kalau beliau terima, penulis yakin tidak akan berlaku kejadian di Rembau. dalam masa yang sama kita sudah berdepan dengan mereka dan boleh jelaskan perkara yang sabenar nya pada pencacai UMNO.

kalau mat sabu memohon maaf atas ucapan beliau pada kes bukit kepong, sudah tentu waris dan pencacai UMNO tidak dapat memanjangkan isu tersebut.
tidak dinafikan isu bukit kepong telah memberi rahmat pada seluruh anggota polis dan tentera apabila kerajaan - najib memberikan insentif dalam bajet 2012.

sebagai renungan, apakah kita perlu bersikap tegas dalam semua bentuk, LGE tegas juga dalam menangi kes pentadbiran tetapi berlembut untuk isu kemasyarakatan.
a. marilah kita tunjukkan sifat bermaaf maafan.
b. hulurkan tangan untuk bersalaman dengan musuh.
c. anggap lah musuh batu loncatan untuk menaikkan imej kita.

berlapang dada lah kita dalam menyelesaikan isu isu berkaitan masyarakat




Thursday, October 6, 2011

siapa lah aku


esok, 7 okt, akan diumumkan belanjawan negara oleh YAB perdana menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak. setiap kali pembentangan belanjawan, peruntukan pada tentera dianggap peruntukan LEBIHAN. tiada keutamaan yang serius terhadap kebajikan anggota tentera. janji demi janji telah ditaburkan untuk menaiktaraf kehidupan anggota dan keluarga tentera. ini jauh berbeza dengan kehidupan anggota polis diraja malaysia. mereka ini sentiasa mendapat perhatian yang istemewa dari kerajaan terutama UMNO.



adakah kerana pasukan polis ini berkhidmat terus pada kerajaan/UMNO. mereka telah melaksanakan tugas menjaga kepentingan UMNO. menerima arahan dari UMNO tanpa perlu dilakukan siasatan awal. polis telah menggunakan konsep cepat dan cekap. ini lah punca nya pasukan polis sentiasa mendapat perhatian khas dari jemaah menteri UMNO.

tentera terpinggir dalam isu kebajikan. memang tidak dinafikan terdapat pembangunan dalam pasukan tentera, tetapi pembangunan tersebut merupa perkembangan mengikut masa dan situasi saja. tiada pembangunan khas atau peruntukan serta merta saperti yang diberikan pada pasukan polis.

tetapi dalam masa terkini, nampak nya ada usaha untuk menawan kembali hati hati anggota tentera dan bekas bekas tentera apabila timbul isu Mat Indra yang berkaitan dengan PEJUANG tanah air dan Penjajahan oleh british. adakah perhatian ini dapat bertahan lama atau kata melayu 'hangat hangat tahi ayam'.

dalam pembentangan belanjawan kelak - esok kita harap ada peruntukan khas untuk anggota tentera dan bekas tentera. jangan diberikan perhatian apabila timbul isu yang berkaitan dengan kepentingan UMNO. tentera berkhidmat untuk AGUNG dan NEGARA, bukan untuk parti politik. memang benar, tentera tidak menyumbang pada negara dalam bentuk hasil - wang untuk negara. tentera bukan Lembaga Hasil , polis , kastam, UPP atau majlis tempatan yang membuat kutipan dalam bentuk cukai atau denda.

ingat lah, tanpa tentera, negara tidak dapat berfungsi dengan baik, rakyat dapat tidur lena, pelabur luar yakin dengan keselamatan pelaburan mereka dan sebagai nya.




Kami juga rakyat malaysia

Wednesday, October 5, 2011

Najib berbelanja di Giant Supermarket


perbelanjaan najib semasa bercuti di Australia berjumlah RM9juta. penulis pada kali ini ingin mendapat pandangan dari pembaca apa kah yg sebenar nya najib dan kak rosmah berbelanaja. adakah apa yg mereka lakukan itu mereka berbelanja atau di belanjakan. saperti pekerja kaki tangan awam yg lain juga, najib menerima gaji dan elaun. tetapi dilihat najib berbelanja melebihi dari apa yg beliau terima yg dikatakan GAJI.




penulis terfikir juga berapa banyak kos yg ditanggung oleh najib dalam melaksanakan beberapa majlis persendirian beliau. disini cuba kita kira berapa kos nya, siapa tanggung dan siapa yg membayar nya.

contoh;
1. majlis sambutan hari raya najib di pekan, tetamu sekitar 50,000 orang. kos nya ditanggung oleh najib ke, UMNO ke, Kerajaan ke, atau ditaja oleh syarikat/individu. jika satu kepala dikenakan RM10, tentu jumlah nye hampir sekitarRM500,000. banyak tu,
2. majlis pertunangan anak nye, majlis tersebut merupakan majlis peribadi/keluarga atau majlis NEGARA.
3. terfikir juga, makan minum beliau sekeluarga dan termasuk pekerja di Sri Perdana, adakah najib keluarkan wang gaji beliau untuk membeli bahan makanan harian dirumah nya. adakah ini juga bil pembelian ditanggung oleh kerajaan.
4. heboh dengan pemborosan big mama, adakah mereka membayar setiap pembelian saperti pakaian, peralatan persendirian, saperti beg tangan, rantai/gelang, dan perhiasan big mama.
5. elaun perjalanan najib macam mana dikira, adakah beliau membuat tuntutan saperti naik basikal dan naik bas.

ini adalah soalan yg remeh tapi untuk kita fikirkan bersama atas kemewahan kehidupan najib dan big mama nya yg luar biasa.

"rakyat didahulukan, prestasi diutamakan"





Saturday, October 1, 2011

apa kah itu 'kerjasama'



sejak 1999, kerjasama PAS dengan parti lain saperti PKR dan DAP telah terjalin. walau pun berlaku perpecahan seketika. dari segi pengalaman bertanding dalam p/raya, penulis dapati sejak gabongan APU, antara Semangat 46 dan PAS, segala persiapan p/raya hanya dilaksanakan oleh ahli dan penyokong PAS saja.


sejak 1999, kerjasama antara PAS dan PKR juga dilihat secara jelas, hanya pekerja PAS sahaja yang bertungkus lumus dalam 'jentera p/raya.

tetapi sejak asal lagi, DAP sentiasa bergerak sendirian, mereka mempunyai jentera p/raya serta berkemampuan menghadapi p/raya. DAP bergerak sapenuh nya tanpa dibantu oleh parti yang lain. ini menunjukkan bahawa mereka berhak bertanding dan seterus nya menang.

kita lihat dalam p/raya 2008, PKR bertanding saperti 'big brother' pada PAS. jentera p/raya PAS dilihat digembeling sapenuh nya oleh PKR untuk kawasan yg mereka bertanding. jentera p/raya PAS sentiasa wala' pd pimpinan untuk bekerja walaupun pd parti kawan. pada pandangan penulis ianya tidak sesuai lagi untuk menghadapi p/raya ke 13 kelak.

saperti mengadakan' kenduri kendara ', tuan majlis menyediakan perbelanjaan dari segi, makan minum, sewa kemah, dan segala segi sahingga akhir majlis. begitu juga untuk menghadapi p/raya, apabila PKR bertanding dalam suatu parlimen/dun, mereka mesti siap sedia dengan kewangan dan tenaga pekerja nya, ahli PAS hanya membantu bukan pekerja utama dalam kontek ini.

mana mungkin tuan rumah dudok dan menyambut tetamu saja, yang menghidang dan melayan tetamu diurus oleh orang lain. kalau ada yg memberi sumbangan tuan rumah dapat. inilah yg dikatakan tiada keadilan dalam urusan p/raya.

penulis ingin bertanya pada KEADILAN, sampai bila mahu bergantung pada tenaga kerja PAS, nafsu besar nak bertanding kalau boleh disemua dun/parlimen. tetapi tidak pernah menilai kemampuan diri sendiri.

pada ahli PAS/jentera p/raya, adakah kita sanggup diperlakukan saperti buruh oleh sahabat kita 'KEADILAN'