Thursday, December 29, 2011

hukuman menanti mereka


dato' jamil khir terkenal dengan panggilan 'menteri agama'. beliau didapati telah menggunakan wang zakat untuk upah guaman nya. wang zakat telah disalah gunakan oleh beliau atas kapasiti 'menteri agama'. mungkin bayaran guaman untuk beliau tersebut termasuk dalam 'asnaf' yg berhak menerina bantuan duit zakat.




shahrizat adalah menteri wanita yang lebih dikenali sebagai' kak beb'. kecantikan beliau menyebabkan najib tergoda sahingga lupa shahrizat 'ambil' duit negara melalui suami nya sejumlah RM250 juta je. tiada siapa boleh sentuh wanita kesayangan najib. adakah kak rosmah tidak cemburu.

pada rakyat malaysia tidak perlu menjerit agar mereka ditangkap oleh polis atau SPRM. mereka berdua ini dan yang lain lain, hanya boleh ditahan/ditangkap apabila Pakatan Rakyat memerintah SAHAJA. bersabar lah wahai rakyat malaysia, selagi UMNO dudok kat petrajaya, jangan mimpi mereka ini didapati bersalah. sabar dan berdoa agar kita pindah ke putrajaya, insyaallah.



Tuesday, December 27, 2011

calon srikandi seni silat gayong malaysia


Umi hafilda merupakan selebriti pertama mendapat anugerah sebagai srikandi Pertubuhan silat seni gayong malaysia di alor setar kedah kelmarin. jasa besar beliau seiring dengan perjuangan PSSGM membodek dan pencacai UMNO.





calon seterus nya sudah tentu lah shshrizat, kerana beliau merupakan wanita yang cekal dalam menghadapi konflik keluarga dan negara. beliau bertahan sebagai menteri walau pun diasak kawan dan lawan. taukeh lembu negara yang berdedikasi dan tabah.





wanita pertama malaysia ku. cekal dan tabah walaupun dituduh menyalahgunakan wang negara membeli harta untuk diri sendiri, alang alang wanita, lama dah cabut. lihat saja wajah beliau yang serius dan bengis sesuai mendapat anugerah tersebut.



Monday, December 26, 2011

bila akan bersara !



Pada petang jumaat yang lepas, 23 dis, pergi nya se orang lagi penasihat agama pada maju holding sdn bhd, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman. beliau telah bersara dari menjadi penasihat agama pada dua perdana menteri, tetapi terus juga berkhidmat jadi Penasihat.

ramai pegawai kerajaan yang sudah melepasi had umur bersara wajib, tetapi telah diambil untuk terus berkhidmat lagi. kenapa perkara ini berlaku. begitu juga ahli politik yang bersara. adakah kerana pengaruh mereka, kepakaran mereka.

tun mahathir telah bersara dari politik pada 2003, tetapi masih lagi bercakap pasal politik. kita lihat ahli politik barat saperti Bil Clinton, apabila telah turun dari jawatan dlm kerajaan, terus terlibat dalam program AMAL.

beberapa mana besar yang bersara masih aktif dalam lapangan yang bergaji dan dibayar, saperti dato' yusuf noor, tan sri ahmad sarji , tan sri shamsudin dan seangkatan dengan nya. apakah mereka ini masih dapat memberikan sumbangan pada agensi yang membayar mereka atau sebagai KUDA untuk mendapat tender dari kerajaan. umpama penasihat Proton, apakah beliau pakar dalam teknikal kenderaan atau hanya kerana nama besar nya saja.

satelah umur melepasi 65 tahun (umur wajib bersara), jika sudah bersara, tumpukan lah pula kederat yang ada untuk beramal, mendekatkan diri dengan masyarakat setempat, berilah pada golongan muda yang profesional untuk berkhidmat.

adakah kita akan bersara apabila tiba nya 'KEMATIAN' saperti Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman.

RENUNG RENUNG LAH MASA DEPAN SELEPAS KEMATIAN




Saturday, December 24, 2011

apa yang sama antara mereka


Ibrahim Ali sa orang yang berani mencabar, tapi takut berdepan


Mustafa Ali berani kerana jawatan nya setia usaha Agong. dia cakap, orang lain diam. bila kena cabar, takut juga dia.



Hassan Ali, pakar motivasi, berani, cekal dan lembut apabila ditegur dengan penuh berhemah dan beretika.

KESEMUA MEREKA ANAK KEPADA ALI

Friday, December 23, 2011

Mahfuz - pemecahbelahkan rumah tangga



Datuk Mahfuz Omar telah menasihatkan pada dato' hassan ali supaya meninggalkan PAS. ini adalah satu nasihat yang cukup tidak beradab. beliau sebagai naib presiden sepatut nya mencari titik penyatuan dan persefahaman. tetapi beliau bertindak menyuruh dato' hassan ali keluar dari parti.

semua warga yang prihatin dengan wala' dalam PAS akan bertanya, apakah datuk mahfuz tidak berfikir sebagai sa orang islam yang beriman. sabelum menghadapi pilihanraya ke 12, semua calon PAS telah bersumpah tidak akan meninggalkan PAS dalam apa jua bentuk kecuali 'kematian'. meninggalkan parti samaada dalam bentuk 'lompat' atau 'keluar' sama saja iaitu maka jatuh lah talak 'tiga' terhadap isteri nya.

disini penulis ingin kan penjelasan dari datuk mahfuz, adakah beliau cuba atau memaksa dato' hassan ali menceraikan isteri nya dengan talak tiga !.

jika datuk mahfuz se orang yang beriman, beliau sepatut nya menasihat dato' hassan ali supaya tidak mengambil tindakan yang boleh menyebabkan dato' hassan bercerai dengan isteri nya.

disini kita minta Ulama PAS memberi komen terhadap hasutan atau tindakan desakan dari datuk mahfuz supaya dato' hassan ali meninggalkan PAS. apakah tidak berdosa jika kita meruntuhkan rumah tangga saorang insan yang sayangkan keluarga nya?

pada datuk mahfuz, carilah pahala dengan menasihati sesama insan dari menghasut untuk keburukan.

kita jemaah dalam PAS, belum tentu Syurga tempat nya, jika silap, fitnah amalan nya, lebih dulu masuk Neraka dari UMNO laknatullah.

FIKIR LAH UNTUK UMMAH



Thursday, December 22, 2011

wakil rakyat PAS yg digugurkan dlm PRU 13 - parlimen dan DUN



beberapa wakil rakyat kini yg dijangka kan akan digugurkan berikutan prestasi yg merosot serta tidak aktif dan juga kurang mendapat undi di peringkat kawasan. mereka yg dicadangkan dan disenarai pendekkan adalah:

1. Ustaz Nasharudin Mat Isa - Bachok
2. Dr Mohd Hayati Othman - Pendang
3. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

calon bagi DUN :

KEDAH:

1. Mohd Nasir Mustafa - Kubang Rotan
2. Ismail Salleh - Alor Mengkudu
3. Yaakub Hussian - Bandar Baharu

PERAK:

1. Khalil Idham Lim - Titi Serong
2. Haji Zainudin - Lubuk Merbau

SELANGOR:

1. Iskandar Abdul Samad - Cempaka
2. Shafie Abu Bakar - Bangi

beberapa nama lagi akan disiarkan apabila penulis dapat maklumat terkini.

Wednesday, December 21, 2011

shahrizat lembu UMNO, lembu PAS ?


YB saari sungib adalah seorang yg cekal kerena pernah ditahan dibawah ISA. baru baru ini beliau mengusik dan menjolok sarang 'tebuan' kepunyaan dato' hassan ali. kenapa saari jolok sarang tersebut kita pun tak tahu. tapi ada kata kata diluar PAS menyatakan saari sungib telah dibeli/diupah/dibayar oleh UMNO, dan disuruh merosakkan reputasi dato' hassan ali yg menjadi ancaman utama pada UMNO selangor.

penulis rasa perkara ini kemungkinan besar adalah 'benar'. kita lihat tiada krisis antara mereka berdua sabelum ini, tiba tiba timbul YB saari sungib memberikan komen bahawa dato' hassan hilang kepercayaan di DUN nya. siapa yg membuat 'kajian', atas arahan siapa, adakah seluruh kepimpinan PAS selangor terlibat. ini wajib dijawab oleh YB Dr rani, pesuruhjaya PAS selangor.

jelas jika DR Rani mendiamkan diri, bermakna seluruh kepimpinan PAS selangor kecuali Pemuda PAS nya terlibat dalam konspirasi menjatuhkan dato' hassan ali. jika pimpinan selangor tidak terlibat, ia hanya pandangan peribadi saari sungib, jelas lah bahawa SAARI SUNGIB sudah menjadi 'LEMBU' peliharaan UMNO di luar kandang.





Tuesday, December 20, 2011

DILARANG MELUDAH MERATA RATA

Monday, December 19, 2011

ada kah mereka ini kudis pada PAS


Friday, December 16, 2011

ahli PAS ramai akan munafiq


HIMPUN pertama diadakan di shah alam selangor pd 20 nov 2011. kontroversi besar nya adalah kehadiran dato' dr hassan ali. PAS disemua peringkat mengutuk kehadiran dato' hassan kecuali Pemuda PAS selangor. terdapat bloggers mengutuk sahingga mengatakan dato' hassan ali derhaka pada PAS, munafiq besar dan talam dua muka, ejen UMNO dan berbagai lagi.






pada 17 dis (esok), HIMPUN akan diadakan di stadium mini kuala kangsar perak. ramai akan hadir dari berbagai golongan dan persatuan serta pertubuhan. dengar cerita nya ramai ahli PAS dan tidak ketinggalan ada pimpinan akan turut serta dalam perhimpunan tersebut. tidak kah mereka - ahli dan pemimpin PAS, takut kelak mereka 'jatuh' munafiq bila sertai perhimpunan tersebut. dulu kata dato' hassan ali ejen UMNO, habis esok lagi ramai ejen UMNO.

dulu kata dato' hassan ali munafiq, esok ramai lagi ahli PAS jadi munafiq

dulu kata dato' hassan membelakangkan PAS, esok ramai ahli PAS tak patuh arahan Pusat.

terlajak perahu boleh ditarik balik, terlajak kata, tunggu lah siapa bapak munafiq.







Mamak telah mengamuk


penyokong mami shahrizat didakwa menyerang tuan besar syed al habshee, tuan besar cheras. ini menunjukkan bahawa puan besar lembah pantai lagi hebat wow.



sekoq lagi mamak melaka mengamuk. habih di hentam dalam ceramah nya, ini menunjukkan bahawa mamak sudah boleh berceramah di pentas 'melayu'




ini lagi hebat keperwiraan mamak, kali ini mamak penang. depa buat kek 'taik, hantak kat lim guan eng, lim tolak, depa makan kek 'taik' depa sendiri. mereka guna slogan, 'berani buat, berani makan taik'.

akhir akhir ini kita dapati kemunculan kumpulan mamak menguasai UMNO jelas sekali. ini juga tanda tanda awal 'melayu' UMNO akan pupus, bukan saja pupus dalam UMNO, tetapi pupus juga dalam pilihan raya. Insyaallah.









Thursday, December 15, 2011

Mat Sabu ganas



Mat Sabu terus mengganas dan bergerak pantas dalam percubaan untuk manawan Johor. terbaru di Muar malah beliau memberi laluan pada rakan yg berdemo menghalang kehadiran mat sabu. ini lah kelebihan mat sabu.

kemampuan mat sabu terus menceroboh bumi johor adalah atas kerja keras mat nazri di putrajaya. syabas pada mat nazri dan gerombolan nya.


Wednesday, December 14, 2011

sudah tua, masih bertanding



apabila Tuan Guru Nik Aziz mengumumkan akan bertanding dalam p/raya ke 13, ramai lah sesumpah bercakap. ada yg berkata, sudah tua, berhenti saja la, dudok jaga cucu/cicit, buat lah banyak ibadah dan sebagai nya. ini adalah komen atau rasa tidak puas hati orang orang UMNO. ini lah tanda tanda PAS akan mendapat kejayaan besar kelak dalam p/raya ke 13 Insyaallah.

ada lagi yg lebih tua dari TGNA, ia itu bapa angkat najib, tun mahathir. dia ni nampak saja dah letak jawatan PM, tapi masih berlagak saperti PM. kalau dia ni masih aktif dgn umur subsidi, kenapa TGNA yg muda dari dia diminta letak jawatan dan tidak bertanding.

bak kata orang melayu, kalau nak ukur baju mesti lah badan sendiri, kalau nak suruh TGNA berhenti, suruh mamak kutty tu dudok diam.





Tuesday, December 13, 2011

Melayu jual, Cina beli


pada 10 dis yg lepas, saya sekeluarga melawat ke pulau pinang. salah satu tempat yg dilawati adalah 'kebun bunga'. disana terdapat satu pameran dan jualan 'bunga orkid'. ramai pengunjung membeli bunga untuk dibawa pulang. majoriti penjual adalah bangsa cina, pembeli nya pula majoriti bangsa melayu.

saya meletakkan kereta didalam kawasan surau al islah berhampiran. sementara menunggu mertua dan isteri menunaikan solat, sempat saya berbicara dgn 'penunggu' surau tersebut.



saya (s) : kawasan ini nampak nya ramai pendudok cina, pak cik.

pak cik (pc): memang ramai la ni, dulu orang melayu saja, ada kuarters kerajaan lagi kat situ.

s: macam mana depa (cina) boleh jadi ramai kat sini.

pc : cina kat penang ni halau habih org melayu, depa ambik tanah org melayu.

s : depa beli ka, atau depa suruh pindah.

pc: depa beli la, org melayu kita dok juai.

s : kerja siapa no.

pc : ini lah dia akibat kita sokong cina DAP, kalau boleh depa nak semua org melayu keluaq dari penang.

s : mana boleh depa (cina) ambil tanah org melayu kalau kita tak juai kat depa.

pc : (terdiam seketika) betui la tu, tapi depa suruh org melayu juai jugak.

s : melayu mana yg suruh juai. kalau bukan melayu berpangkat dato', org kat pej tanah tu semua nya org melayu, yg sain geran org melayu, mana ada cina. depa beli saja, melayu yg dok juai. dulu cina jugak tapi cina Gerakan. kalau org melayu UMNO tak suruh juai tanah, mampuih org melayu nak juai, ini kerana UMNO kawan baik dgn cina Gerakan, mereka sanggup juai tanah org melayu, org melayu dok pakat pindah kat kulim. pak cik ingat cakap saya ni, tak lama lagi surau ni pun UMNO juai kat cina, buat apa lagi, bukan ada jemaah kat sini. mungkin pak cik tak mau juai, tapi pak cik ada apa, jaga surau saja, UMNO yg ada kuasa.

pc : (angguk kepala) betui jugak.















Friday, December 9, 2011

Najib - Bapa pada segala 'Sesumpah'



apabila Najib mengambil alih tampuk pemerintahan dari "raja' Islam Hadhari, Pak Lah, beliau segera mengisytihatkan slogan 1Malaysia. kemudian ditambah dengan moto 'rakyat didahulukan, prestasi diutamakan'.

dari detik tersebut, seluruh rakyat dalam malaysia mula menuntut hak yang samarata dengan hak keistemewaan orang melayu. dulu bantuan untuk SRK(T) dan SRK(C) diberikan melalui menyediakan guru guru saja, tapi kini bantuan/peruntukan telah disediakan oleh 1malaysia.

tokong dan kuil dulu diurus dan dibina peruntukan nya dari masyarakat itu sendiri. kini kerajaan 1Malaysia telah mula memberi bantuan untuk membina kuil dan tokong.

keadaan terkini, Najib sudah mula berubah angin apabila slogan 1Malaysia ditukarkan kepada ultra - malay. najib mula mencari sokongan dari kumpulan ekstrim melayu saperti PEKIDA dan PERKASA. kedua dua kumpulan ini dianggotai melayu jati yang tinggi semangat kebangsaan nya, tetapi menepikan kedaulatan ISLAM.

Najib apabila berdepan masyarakat cina, beliau berjanji untuk membantu segala mungkin kapada mereka. apabila bertemu dengan masyarakat India, beliau sanggup merasmikan upacara keagamaan Hindu di Batu Cave. apabila berjemaah dengan orang melayu, beliau akan mempertahankan kedaulatan dan hak istemewa orang melayu dan ISLAM.

kata 1Malaysia, tapi sudah mula mengikut kehendak kumpulan tertentu atas isu untuk mendapatkan undi serta survival beliau dalam politik. beliau boleh berubah dengan kumpulan yang dicampuri. ini lah tanda tanda awal najib hilang sokongan rakyat. untuk mendapatkan kembali sokongan ini, najib telah mengamalkan konsep 'sesumpah'.

ini lah masa nya rakyat minta apa saja, mungkin boleh dapat deni UNDI. kalau dalam ISLAM, 'sesumpah' ini boleh lah ditakrif kan sebagai 'munafiq'. sana janji itu, sini janji ini. akhir sekali yang kaya beliau,dan kroni juga.

MASA UNTUK MENGUBAH.






Wednesday, December 7, 2011

Hasan Ali - mainan UMNO atau PAS



apabila editor kanan utasan, datuk zaini hassan menyatakan bahawa dato' hassan ali adalah 'penyelamat selangor', maka timbul lah berbagai andaian terhadap beliau. terdapat blogger yang pro PAS mula membuat tuduhan bahawa dato' hassan dipujuk oleh UMNO.

penulis dapati apa yang dikatakan oleh datuk zaini tersebut ada kebenaran nya, pengaruh dato' hassan terhadap orang melayu terutama ahli PAS masih kukuh walaupun beliau bukan lagi pesuruhjaya PAS selangor. gerak kerja beliau lebih pada memertabatkan islam dan meningkatkan taraf kehidupan orang melayu.

bonus untuk dato' hassan ali kerana beliau termasuk orang yang disukai oleh Tuanku Sultan. kerana kehebatan yang ada pada dato' hassan lah yang membuatkan datuk zaini cuba melagakan dato' hassan dengan pimpinan PAS negeri. mainan UMNO ini sudah lama dihidu oleh dato' hassan, sebab itu beliau tidak heran apabila dipuji oleh datuk zaini. matlamat dato' hassan, PAS akan menjadi parti tungguk di selangor dalam p/raya ke 13, InsyaAllah.


Tuesday, December 6, 2011

Mat Sabu bebas




apabila RUU perhimpunan aman 2011 diluluskan dalam persidangan parlimen, secara nyata dan jelas saudara Mat Sabu telah dibebaskan oleh undang tersebut untuk terus berceramah. seluruh warga UMNO, PERKASA, PEDIKA dan veteran tentera yang membantah kehadiran Mat Sabu di negeri sembilan dan johor sudah mula berputih mata.

nazri abd aziz adalah orang yang memberi kebebasan pada mat sabu untuk buat 'road show' tanpa diganggu gugat oleh 'barua UMNO. tahniah dan syabas kita ucapkan pada mat nazri.







Monday, December 5, 2011

PAS belajar dari UMNO


UMNO telah selesai bersidang dan dilihat banyak perkara telah timbul dalam persidangan tersebut. perkara yang dibahas ada yang bermenafaat dan ada yang dianggap sebagai 'sampah'. saperti tahun tahun yang lalu, UMNO sentiasa dibayangi oleh keujudan PAS sebagai musuh 'utama' nya. persidangan yang menjadikan PAS sebagai 'sparring partner' nya pada UMNO. bak kata pepatah melayu 'tak sah kalau tak sebut PAS'.






beberapa perkara yang boleh PAS belajar atau ambil sebagai tauladan atau sempadan, mesti dipandang serius. contoh nya saperti,

1. UMNO sentiasa mengutuk PAS dan rakan nya. - PAS tak boleh ikut kutuk UMNO pula dalam muktamar nya. muktamar adalah tempat untuk muhasabah dan membangunkan parti.

2. UMNO tidak langsung sentuh hak dan keistimewaan orang melayu. - PAS mesti memertabatkan islam dan masa sama mencari kaedah untuk menerangkan pada bukan islam tentang agama islam.

3. UMNO timbulkan sentimen perkauman. - PAS mesti rapatkan jurang antara bukan islam dengan umat islam.

4. UMNO timbulkan isu tikam kawan dari belakang. - PAS mesti kepimpinan nya yakin dengan ahli dan begitu juga pemimpin mesti hargai sumbangan ahli dibawah.

5. UMNO banyak orang bangsawan. - PAS pemimpin nya jangan sekali lupa diri dan sombong.

6. UMNO cakap sentiasa bohong. - PAS mesti jujur dan ikhlas.

7. UMNO parti mengampu, bodek, taat depan, tikan belakang, - PAS mesti telus, pemimpin boleh ditegur dan dibaiki. boleh berbincang dan berlapang dada.

penulis lihat kerana terlalu takut UMNO akan 'berkubur', mereka kelihatan hilang hala tuju, tiada muhasabah diri, menyalahkan orang lain, dan tidak berani tegur ketua. kita berdoa semoga UMNO cepat 'berkubur', insyaallah.



Sunday, December 4, 2011

UMNO akui kehebatan PAS



setiap kali persidangan agung UMNO, PAS pasti menjadi mangsa maki hamun dari presiden hingga perwakilan UMNO. lagi kuat dia maki hamun PAS, bertambah hebat pula PAS dikalangan ahli UMNO.

dulu UMNO kata PAS zalim bila mengadakan bai'ah dikalangan calon nya dengan talak 3 jika lompat parti. bila presiden kata zalim, pak turut pun seluruh nya kata zalim. tapi bila wakil dari terengganu minta UMNO juga berbai'ah, presiden macam kaldai, sokong dan seluruh pencacai ikut sokong.

dulu UMNO cukup benci dengan 'orang ' PAS, bila tau si anu anu tu 'orang' PAS terutama cikgu, PASti kena tukar sekolah. sekarang dia orang tak panggil ahli UMNO tu ahli UMNO, tukar juga panggil 'orang' UMNO. ikut juga PAS.

muyhideen yasin telah mendahului najib dengan membaca selawat semasa memulakan ucapan, dulu kata orang PAS nak tunjuk sangat lah islamik nya PAS tu, sekarang nak ambil hati orang melayu, dia juga nak jadi 'islamik'.

masuk dan jadi ahli serta orang PAS lebih baik dari meniru , malu rasa nya itu pun jika ada maruah beb.




calon ketua puteri UMNO



lisa surihani berada dalam kedudokan yang kukuh apabila diperkenalkan dalam perhimpunan UMNO. ini jelas apabila Ketua Puteri UMNO menyatakan bahawa mereka yang 'slim' dan cantik serta cute layak menjadi ketua puteri sebagai 'idola' dan contah. beliau mengaku bahawa dirinya agak 'overcity' sikit. gemuk dan gempal, tak sesuai untuk memimpin remaja.

cerah lah masa depan lisa, dan tentu calon 'suami' nya bertaraf 'jutawan dan dato'

semoga 'selamat'.


Saturday, December 3, 2011

khalid dah jadi LEMBU shahrizat




untuk menjadi Ketua Polis Negara, ia mesti cepat bertindak sesuai dengan keadaan. Dato' Khalid abu bakar memang sesuai apabila membuat pengumuman bahawa Fedloot - NFC bebas dan tiada kes. tahniah atas kecekapan pihak polis dibawah pengaruh dato' khalid.

kita nak tanya tentang penggunaan dana yang diberikan pada feedlot berjumlah RM250 juta.
1. wang untuk membeli kondo
2. wang untuk melancong
3. wang untuk umrah
4. wang untuk beli kenderaan

semua nya tak salah kerena dibuat pembelian secara sah. ada resit, ada perjanjian jual beli maka ia nya tidak salah dari segi jual beli. memang le betul tapi yang bangang, dato' khalid oiiiii, dana itu untuk beli LEMBU, bukan yang lain. itu yang dibangkitkan oleh pembangkang.

nak kata bijak, bodoh,
nak kata cari makan, bangang,
nak kata cepat naik pangkat, bahalol

hishamudin sendiri kata kes feedlot ini masih dalam siasatan. apalah bengap nya timbalan ketua polis negara aku ni. malu jugak aku kalau sahabat dari Indonesia tanya pasal dato' khalid.

peringatan : JANGAN JADIKAN DIRI KITA NI LEMBU UMNO



siapa dayus, siapa pondan.




ketua pemuda UMNO kata, Pakatan dayus, pondan, barua dan semua maki hamun yang ada. marah betul ketua pemuda UMNO tersebut. begitu hitam hati nya memusuhi parti dalam Pakatan.

bak kata pepatah melayu, hitam kulit nya, hitam lagi hati nya. memang benar lah kata kata pujangga melayu tersebut.

naib presiden UMNO terdiri daripada 3 abdul berikrar akan berundur dalam PRU 13 jika tidak dipilih oleh presiden. tuk tuk tuk, dia orang tarik balik kenyataan tersebut bila dilihat akan merugikan diri mereka sendiri. munafik betul 3 abdul ni. ini alah amalan dalam UMNO, lu, lu, gua, gua.






Friday, December 2, 2011

jangan mati dalam keadaan murtad




hidup melayu, hidup UMNO. UMNO penyelamat bangsa melayu.
jangan kita mati dalam UMNO,
jelas hidup melayu kerana UMNO
bukan hidup melayu kerana IMAN

kata kata 'hikmat' UMNO menyesatkan bangsa melayu

Thursday, December 1, 2011

mamak hina melayu



jelas bangsa mamak menghina bangsa melayu dari zaman Kesultanan melayu Melaka lagi. disambung oleh mamak Mahathir Muhammad, disambung naina Merican dan di teruskan oleh shaik hussein mydin.

melayu UMNO adalah melayu 'dayus' bila dihina rakan dalam parti nya. akhir sekali, mungkin UMNO milik penuh Mamak.

United Malay Nasional Organizasion - bertukar menjadi
United Mamak ......................................
kedua dua nya UMNO